Terkini

KEADILAN Selangor sambut baik pelantikan PM9

Petaling Jaya – Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) menjunjung kasih keatas DYMM Seri Paduka Baginda atas pelantikan Perdana Menteri kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri.

Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, YB Halimey bin Abu Bakar dalam satu kenyataannya menyatakan keyakinan keputusan yang dibuat adalah berdasarkan demokrasi berpalimen dan Raja berpelembagaan yang diamalkan.

“Selepas selesai Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri semalam, dengan ini KEADILAN Selangor menuntut supaya golongan kleptokrat dan kluster mahkamah yang menyokong kerajaan tetapi terpalit dengan dakwaan di mahkamah tidak dilindungi oleh mana-mana pihak serta dibicarakan dengan adil dan saksama” katanya.

Tambahnya lagi, sebagai contoh, 4 pertuduhan menggunakan kedudukan bagi mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan penggubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama serta 47 pertuduhan membabitkan salah guna dana sebuah yayasan.

Kedua-dua individu berprofil tinggi ini serta mana-mana ahli parlimen yang menyokong kerajaan dan menghadapi sebarang pertuduhan di mahkamah perlu dibicarakan dengan adil dan saksama tanpa campurtangan cabang eksekutif.

KEADILAN Selangor turut mendesak supaya pihak Polis Diraja Malaysia menjalankan siasatan semula ke atas kes video intim yang memaparkan seorang individu yang menyerupai seorang ahli parlimen dari blok kerajaan dan tidak melengahkan siasatan kes seorang wanita yang mendakwa menjadi mangsa rogol kepada dua lelaki yang dikaitkan dengan Setiausaha Politik ahli parlimen tersebut.

“KEADILAN Selangor konsisten bahawa Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah individu yang sebenarnya paling layak diangkat selaku Perdana Menteri.

“Namun, dalam perlumbaan untuk mendapatkan sokongan majoriti tempohari, beliau telah membuktikan dirinya tidak gila kuasa dengan mengekalkan prinsip tidak mahu berkompromi dengan golongan pengkhianat & kleptokrat” jelasnya dalam satu kenyataan media.

Beliau turut menambah, KEADILAN Selangor berpegang teguh dengan pendirian, seharusnya mandat rakyat pada PRU14 dikembalikan kepada kerajaan yang telah dipilih rakyat pada 9 Mei 2018 iaitu Pakatan Harapan. Namun kemenangan tersebut telah dirampas oleh golongan pengkhianat & kleptokrat.

“Kepada gabungan pembangkang, ini adalah cabaran untuk kita bekerja lebih gigih lagi dan kami percaya gabungan Pakatan Harapan Plus bersama Pejuang dan Warisan sebenarnya semakin kuat dan bersedia untuk menghadapi PRU15.

“Buat semua pimpinan, anggota dan pendukung, kami menggesa semua untuk menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka.

“Marilah kita sama-sama berdoa dan berusaha supaya krisis wabak COVID-19 dan ekonomi segera diatasi demi rakyat serta apabila keadaan sudah stabil, kita siap untuk bertempur bagi mengembalikan semula mandat rakyat dalam PRU15” tambahnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: