Terkini

Perdana Menteri ke Kedah lawat kawasan tragedi kepala air

Putrajaya – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri dijadualkan akan ke Kuala Muda dan Yan, Kedah hari ini bagi mengadakan lawatan rasmi berikutan tragedi kepala air yang berlaku minggu lepas.

Beliau juga akan berada di kawasan banjir lumpur bagi meninjau keadaan penduduk yang terkesan selepas fenomena tersebut.

Dalam atur cara oleh Bahagian Komunikasi Korporat, Kerajaan Negeri Kedah, Perdana Menteri kesembilan itu akan berangkat dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang dan tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim kira-kira jam 10.45 pagi.

Difahamkan, beliau akan ke Merbok bagi melawat kawasan terjejas iaitu Jambatan Tupah, Taman Lembah Merok kemudian ke Loji Rawatan Air Tupah.

Sejurus selrpas itu, beliau dijadual bergerak ke Titi Hayun di Yan bagi taklimat oleh Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusu Md Nor mengenai perkembangan semasa disitu.

Ismail Sabri dalam masa akan menyampaikan sumbangan sekaligus satu sidang media turut diadakan di Masjid Jame’ Badlishah, Pekan Yan.

Tragedi fenomena kepala air dari Gunung Jerai yang berlaku pada 18 Ogos ini merekodkan lima mangsa terkorban namun seorang lagi masih belum ditemui.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: