Kuala Lumpur – Berikutan hampir keseluruhan penduduk telah lengkap divaksin atau sekurang-kurangnya menerima satu dos, sebanyak 27 Pusat Pemberina Vaksin (PPV) di sekitar Lembah Klang telah ditutup setakat hari ini.
Menerusi Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV), penutupan itu dilakukan secara berperingkat dan penutupan terakhir bakal dijalankan pada 30 September depan.
Difahamkan, lonjakan kapasiti penduduk sekitar Lembah Klang dengan keseluruhan sekurang-kurangnya satu dos telah mencapaia sasaran dan ini dapat dilihat melalui info grafik yang dimuat naik didalam facebook rasmi JKJAV.
Terdapat dua lagi PPV di Kompleks Sukan Majlis Perbadanan Kuala Langat dan Dewan Sivik Majlis Bandarqya Petaling Jaya menjadi pusat terakhir yang akan ditutup penghujung September hadapan.