Kuala Lumpur – BERSATU memberi sepenuh kepercayaan dan keyakinan kepada Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menentukan nama-nama yang dicadangkan dari parti itu untuk menyertai jemaah menteri dibawah terajui Perdana Menteri baharu, Datuk Seri Ismail Sabri.
Keputusan tersebut disepakati dalam satu mesyuarat Pimpinan Tertinggi yang diadakan baru-baru ini.
Perkara ini disahkan oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Datuk Razali Idris.
Tambahnya, mesyuarat tersebut membincangkan banyak perkara mengenai pemilihan nama sebagai menteri kabinet dari BERSATU dan juga kementerian mana yang perlu diwakili dari parti ini.
Beliau turut menjelaskan, hubungan antara Ismail Sabri dan Muhyiddin sememangnya rapat .
“Kita dapat lihat hari pertama beliau Ismail Sabri dilantik sebagai PM, beliau terus ke kediaman Muhyiddin bagi merujuk dan berbincang beberapa perkara.
“Dan kita percaya siapa yang Muhyiddin tentukan dari BERSATU pastinya pilihan nama yang terbaik difikirkan” jelasnya.