Terkini

Pasangan ‘social experiment’ ditahan polis

Klang – Pasangan yang lakukan eksperimen sosial di kedai makan tular di media sosial sejak semalam tanpa lengkap dua dos vaksinasi telah ditahan polis.

Disahkan oleh Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli yang berkata pasangan berusi 35 dan 36 tahun itu ditahan di Bandar Putera 2 pada isnin jam 5 petang.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 269, Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan, Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi Malaysia.

Pihak polis menasihati orang ramai agar terus mematuhi SOP yang ditetapkan setiap hari bagi membebdung penularan wabak Covid-19.

Sebelum ini, tular di laman sosial facebook bernama Mujaheeda Soleha yang menunjukkan mereka sekeluarga makan di kedai walaupun tidak divaksinasi.

Tulisnya, tindakan itu adalah sebagai ‘social experiment’ yang berjaya masuk ke sebuah kedai makan yang tidak memeriksa langsung sijil digital vaksinasinya walaupun sebelum itu tidak dibenarkan masuk di beberapa buah kedai kerana dia sumai isteri tidak divaksin.

Perkongsian tersebut mendapat kecaman masyarakat dan ianya tular sehingga mendapat perhatian pihak polis.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: