Kuala Lumpur – Amir Abd Hadi, Setiausaha Agung Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) hari ini mengumumkan meletakkan jawatan dalam parti itu bermula selasa.
Beliau menyatakan perkara itu dalam satu ciapannya di laman Twitter semalam.
Jelasnya, perletakan jawatan itu adalah kerana beliau bakal melanjutkan pelajaran di United Kingdom dalam masa terdekat.
Beliau turut menambah, segala tugas-tugas SUA akan diambil alih oleh Amira Aisya Abd Aziz merangkap Bendahari Agung MUDA.
Dalam ciapannya yang berbunyi “Dengan ini saya ingin mengumumkan peletakan jawatan sebagai Setiausaha Agung Parti Muda berkuat kuasa hari ini. Tugas-tugas SUA parti akan diambil alih Amira Aisya selaku SUA parti yang baharu.
Beliau juga turut mengucapkan terima kasih kepada seluruh anggota dan kader parti yang banyak memberikan kerjasama dalam membangunkan parti dari hari pertama.
“Sebagai manusia, sudah pasti banyak kekurangan sepanjang menggalas tanggungjawab ini. Harap dapat dimaafkan,” katanya.
Dalam masa sama, beliau berharap agar semua ahli kekal dengan idealisme dan tidak sesekali terpesong dari landasan.