Kuala Lumpur – Peguam yang mewakili Presiden Umno, Hamidi Md Noh hari ini ditemui di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi.
Beliau menjelaskan, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu sememangnya kini berada di hospital kerana sakit tulang belakang yang dihidapi sejak 2019.
“Beliau tak buat-buat sakit, memang sakit sebab jatuh, bukan sengaja tidak datang” katanya.
Ahmad Zahid dikatakan terpaksa bergantung ubat tahan sakit kerana tidak dibenarkan mendapatkan rawatan di Jerman.
Hamidi turut menambah, pihak peguam memohon perbicaraan atas pertuduhn berkaitan dengan VLN juga ditangguhkan.
Katanya, tarikh perbicaraan yang dijadulakan sebelum ini pada 1 dan 2 September depan masih dikekalkan.