Terkini

Titik persamaan dicapai demi kepentingan rakyat – Anwar

Putrajaya – Bagi meredakan suhu dan kemelut politik negara, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri hari ini menjemput Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden parti Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng di pejabtanya di Putarajaya.

Pertemuan itu bertujuan untuk berbincang titah hasrat DYMM Tuanku Agong.

Pertemuan yang berlangsung selama lebih satu jam itu, bertumpu kepada pokok bicara kepentingan rakyat dalam menangani pandemik Cobid-19.

Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui sejurus keluar dari pejabat Perdana Menteri menjelaskan agenda utama pertemuan adalah mencari titik persamaan untuk menyelesaikan permasalahan rakyat.

“Kita tumpuka kepada agenda kepentingan rakyat dalam mencari titik persamaan yang terbaik bagi menangani krisis pandemik Covid-19, menjaga nyawa dan keselamatan diri daripada ancaman wabak dan membebaskan rakyat daripada cengkaman ekonomi berikutan kehilangan pekerjaan dan pendapatan.

Jelasnya, persetujuan bersama dicapai dalam memperkasa fungsi Parlimen Malaysia sebagai institusi yang bertanggungjawab dan konstruktif, menyemak dan mengimbang tadbir urus eksekutif supaya lebih telus dan memenuhi kehendak rakyat.

“Kami juga bersetuju dan memahami peri pentingnya kebebasan badan kehakiman, reformasi institusi dan tatakelola kerajaan yang baik bagi memastikan keadaan yang lebih kondusif untuk rakyat dan negara dalam konteks ‘Keluarga Malaysia’” tambahnya.

Kredit foto: Pejabat Perdana Menteri

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: