Terkini

KPDNHEP terus pantau pergerakan harga ayam dan telur


PUTRAJAYA– Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) ambil maklum dengan laporan
akhbar dan media sosial berhubung harga runcit telur ayam yang telah meningkat di pasaran berbanding bulan sebelumnya. Laporan tersebut selari dengan data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).

KPDNHEP telah melaksanakan penguatkuasaan OPS PASAR (Telur Ayam) sejak 2hb Ogos 2021 dan OPS RANTAI
(Makanan Ternakan Ayam) sejak 11hb Ogos 2021 di samping Pegawai Pemantau Harga (PPH) melakukan pemantauan harga setiap hari sebagai pendekatan bagi memastikan pergerakan harga runcit ayam dan telur ayam tidak menekan pengguna dan memastikan pasaran sentiasa kompetatif.

Penguatkuasaan OPS PASAR telah memberi fokus kepada tiga (3) sasaran utama telur ayam iaitu gred A, gred B dan gred C. Pemeriksaan mengambilkira semua rantaian termasuk peringkat pengeluar, penternak, pemborong dan peruncit. Sepanjang penguatkuasaan OPS PASAR,
sebanyak 136 premis telah diperiksa yang melibatkan 41 premis Pengeluar telur dan 95 premis Pemborong. Sejumlah 136 Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) di bawah Seksyen 21, AKHAP 2011 telah dikeluarkan kepada pengeluar dan pemborong untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung dengan peningkatan harga yang berlaku di peringkat peruncit.

Hasil pemantauan juga mendapati harga purata runcit telur ayam berada pada kedudukan yang stabil iaitu harga semasa pada 23 Ogos 2021 bagi gred A adalah pada harga RM0.44 (sebiji), gred B RM 0.40
(sebiji) dan gred C RM0.36 (sebiji). Perlu diketahui, harga runcit telur ayam yang dijual dalam kuantiti 30 biji lebih menjimatkan berbanding yang dijual dalam kuantiti 10 biji. Oleh itu, pengguna digalakkan membuat pilihan bijak.

Dimaklumkan juga, purata harga runcit bagi ayam bersih standard adalah stabil sejak 22 Ogos 2021 sehingga 23 Ogos 2021 iaitu pada harga RM7.51 sekilogram.

Hasil pemantauan dan analisis yang diperolehi daripada peringkat pengeluar dan pemborong oleh NPMB menunjukkan harga jualan telur ayam gred A adalah pada harga RM0.37-RM0.38 sebiji, telur ayam gred B pada harga RM0.34-RM0.38 dan telur ayam gred C pada harga RM0.33-RM0.37 dengan masing-masing margin untung antara RM0.01 hingga RM0.03 setiap biji. Pemantauan juga mendapati ada juga peniaga yang masih menjual dengan harga yang lebih rendah daripada harga kos sehingga Julai 2021.

KPDNHEP turut mempergiatkan pemeriksaan di peringkat pengeluar,
pengilang dan pengimport makanan ternakan ayam di bawah OPS RANTAI
7.0 (Makanan Ternakan Ayam) susulan daripada situasi kenaikan harga import makanan ternakan ayam yang memberi kesan langsung ke atas harga ayam dan telur ayam.Pendekatan yang telah diambil KPDNHEP di bawah Akta Kawalan
Harga dan Antipencatutan 2011 (AKHAP 2011) bertujuan untuk mendapatkan maklumat harga di samping memberi peringatan kepada peniaga supaya tidak menaikkan harga sewenang-wenangnya.

Sehingga kini, KPDNHEP telah menghasilkan 6 kes melibatkan telur ayam yang telah didakwa di mahkamah di bawah perundangan Antipencatutan. Peniaga yang dikesan mengambil kesempatan menaikkan
harga barangan tanpa mematuhi perundangan Antipencatutan akan diambil
tindakan tegas di bawah Seksyen 14(1), AKHAP 2011. Sekiranya sabit kesalahan, boleh dikenakan denda sehingga RM500,000.00 bagi perbadanan/syarikat dan sehingga RM100,000.00 bagi individu atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga (3) tahun atau kedua-duanya sekali.

KPDNHEP telah melaksanakan pemantauan ke atas 50 syarikat pengeluar telur ayam dan mendapati kuantiti pengeluaran dan keberadaan telur ayam di pasaran adalah stabil. Berdasarkan syarikat
yang diperiksa, anggaran pengeluaran telur ayam dalam sehari adalah sejumlah 34 juta dan ianya mampu menampung keperluan harian rakyat Malaysia yang dianggarkan penggunaan sejumlah 30 juta sehari. Kestabilan keberadaan bekalan telur ayam turut mempengaruhi kepada kestabilan
harga runcit telur ayam di pasaran.

Pengguna disarankan menggunakan Aplikasi Price Catcher untuk mendapatkan maklumat serta membuat perbandingan harga barang keperluan, termasuk telur ayam dan ayam yang dijual di premis berhampiran tempat tinggal mereka bagi tujuan pembelian yang terancang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: