Alor Setar – Datuk Dr. Mohd Hayati Othman disahkan positif Covid-19 hari ini.
Beliau yang merupakan Exco Kesihatan dan Kerajaan Tempatan dijangkiti virus itu selepas menjalani ujian saringan pada Rabu lalu.
Katanya, kemungkinan jangkitan berlaku kerana sebelum ini mengikuti misi bantuan tragedi kepala air yang berlaku di Yan, Kedah tempoh hari.
Beliau yang memaklumkan ujian dilakukan sebelum mesyuarat Exco dan apabila didapati positif, terus dipakaikna gelang merah jambu.
“Saya dihubungi pihak kesihatan dan mereka maklumkan saya positif Covid-19.”
“Ketika menyertai misi, segala SOP dipatuhi dengan baik malah penjarakan fizikal dan makan di tempat berasingan juga kami lakukan”.
“Saya kini berada di kategori dua dan kuarantin di rumah, Insya Allah akan ke CAC untuk tindakan lanjut” tambahnya.
