Putrajaya – Senarai barisan kabinet baru bakal diumumkan esok. Begitulah jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri ketika ditemui media semasa keluar dari pejabatnya di Putrajaya.

Difahamkan, majlis angkat sumpah menteri dan timbalan menteri pula akan berlangsung Isnin depan.

Ismail Sabri menjawab, senarai menteri kabinet akan diumumkan bermula jam 11 pagi esok.

Beliau yang menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini telah menyembah maklum senarai anggota Jemaah Kabinet baharu daripada perdana menteri, di Istana Abdulaziz, Kuantan.

Ditemui ketika keluar meninggalkan pejabtnya di Bangunan Perdana Putra petang tadi dengan menjawab “esok…pukul 11”.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading