Politik

Jemaah kabinet baru ibarat ‘Kitar Semula’ – Anwar

Kuala Lumpur – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pembentukan barisan jemaah kabinet baru sebagai kitar semula.

Beliau yang menyatakan pendapat itu dalam satu video yang dimuat naik di laman facebooknya itu mengatakan barisan menteri-menteri yang dipilih tidak menunjukkan keupayaan dalam menangani masalah pandemik Covid-19 dan meningkatkan ekonomi negara secara berkesan.

Katanya, pemilihan kabinet baru itu sangat menghampakan dan seperti tiada perubahan dengan kepimpinan kerajaan terdahulu.

“Rakyat dan negara harapakan sekarang adalah satu perubahan tapi ini tidak berlaku.

“Seperti yang kita lihat, Perdana Menteri beri tempoh 100 hari untuk melihat prestasi menteri-menteri yang dilantik. Satu setengah tahun lalu tidak ada kemajuan yang membanggakan” katanya.

Anwar turut mengulas, sebagai pembangkang akan tetap secara lantang memantau, bersuara dan membabtah sekiranya tidak ada sebarang perubahan dan program pelaksanaan yang mantap untuk kehidupan rakyat terutamanya.

“Tetapi yang saya kira agak nyata ialah ia tidak mampu menyuntik semangat baharu dan keyakinan pelabur dalam atau luar negara,” tambahnya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai pembentukan kabinet Ismail Sabri menerusi sebuah video yang disiarkan di Facebook pada Jumaat.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: