Kuala Lupmpur – Assalamualaikum…
Begitulah balasan ciapan dari Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin kepada hantaran di Twitter pengguna yang bernama Healer @winraffm yang telah memuat naik satu video ketika menerima suntikan vaksin namun diminta oleh salah seorang pegawai perubatan untuk tidak merakamkanya.
Dalam video tersebut jelas kedengaran seseorang yang dipercayai pegawai disitu yang mengarahkannya untuk tidak membuat rakaman dengan berkata “Jangan rakam, KJ dah letak jawatan, ini prosedur KKM”.

Video tersebut menimbulkan rasa kurang senang orang ramai dan rata-rata mengulang ciap video tersebut dengan komen marah.
Lelaki tersebut dalam ciapannya memaklumkan, jururawat yang menyuntiknya telah memberi kabenaran untuk merakam namun datang seorang pegawai telah mengarah menutup rakaman sambil menyentuh telefon bimbitnya.
Beliau mendakwa rakaman tersebut dilakukan hanya untuk kenangan dan menunjukkan kepada ahli keluarganya sahaja.
Orang ramai turut memberi komen di ruangan Twitter Khairy Jamaluddin agar mengambil tindakan keatas pegawai terbabit yang dilihat agak biadap.