Politik

Terima kasih PM – Azmin

Kuala lumpur – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Azmin Ali mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri.

Beliau yang masih memegang portfolio yang sama berjanji akan terus komited dalam memastikan ekonomi negara dapat dipacu dengan pertumbuhan yang mampan demi ‘Keluarga Malaysia’.

Ahli Parlimen Gombak itu mengucapkan terima kasih dalam satu ciapan di Twitter rasminya dengan menulis “Kembali untuk berkhidmat,” .

Ciapan itu mendapat 306 ulang ciap dan 92 tanda suka.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin turut mengucapkan terima kasih atas lantikannya sebagai Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi.

Beliau dalam kenyataannya yakin dan percaya untuk menggalas tanggungjawab dalam kabinet untuk portfolio baru itu.

Perdana Menteri mengumumkan barisan jemaah kabinet baru itu pagi tadi dengan membawa harapan dan keyakinan baru dalam membawa Keluarga Malaysia kearah yang lebih baik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: