Kuala Lumpur – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri hari ini menyaksikan penerima suntikan vaksin covid-19 yang ke 1 juta di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Dagangan Dunia (WTC).
Penerima ke sejuta itu adalah dari kalangan penduduk Lembah Klang dibawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).
Penerima tersebut yang menerima suntikan vaksin Astra Zeneca itu juga sekali gus menjadikan PPV tersebut yang pertama di negara ini telah mengendalikan sebanya satu juda dos vaksin.
Ismail menyatakan, usaha negraa dalam mencapai imuniti kelompok semakin menghasilkan petanda positif dan menunjukkan kesedaran kepada masyarakat.

“Usaha mencapai perlindungan yang dikehendaki buat semua dan membawa Malaysia keluar daripada cengkaman pandemik Covid-19 demi kesejahteraan serta keselamatan rakyat semakin baik.
“PPV WTC dibuka khas untuk pengendalian vaksin AstraZeneca, dan ia merupakan PPV Mega pertama yang diwujudkan dengan kapasiti awal sebanyak 8,000 dos sehari sebelum ditingkatkan kepada 18,000 dos suntikan pada 19 Julai 2021,” katanya pada sidang akhbar.