Terkini

SERVE gerak usaha belia bantu mangsa fenomena kepala air di Yan

Shah Alam – EXCO Pembangunan Generasi Muda dan Sukan dan Pembangunan Modal Insan, Mohd. Khairuddin Othman melancarkan program bantuan merdeka melalui Selangor Volunteer (SERVE) ke Yan, Kedah.

Melalui tenaga usaha yang digembleng di kalangan para belia, Kerajaan Selangor yakin ianya sebahagian kekuatan srkali gus memperkasa dan memberi ruang kepada sukarelawan.

Program SERVE yang diterajui oleh Penggerak Belia Selangor (PeBS) melalui
Exco Kemasyarakatan, Jaringan dan Kesukarelawan sentiasa bersedia membantu ketika kecemasan dan aktiviti kemasyarakatan.

Khairuddin menjelaskan antara objektif
SERVE ini adalah membentuk jentera sukarelawan bersepadu bagi membantu komuniti ketika krisis dan bencana.

Di samping itu, memupuk belia terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan dan
kemasyarakatan serta mengukuh jaringan dengan masyarakat akar umbi.

SERVE juga adalah satu platform kepada Kerajaan Negeri untuk terus membantu rakyat terjejas.


“Kerajaan Negeri Selangor sentiasa mengikuti perkembangan bencana banjir dari fenomena kepala air yang berlaku di Yan, Kedah.

“Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri
telah menggerakkan seramai 30 hingga 50 sukarelawan SERVE yang akan membantu
mangsa di sana” katanya.

Tambahnya, Kerajaan Negeri melalui sukarelawan SERVE ini juga akan
menghantar barang keperluan asas berupa sejadah, kain pelikat, barangan dapur
dan sebagainya kepada Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di sana.


“Para sukarelawan SERVE akan berkampung di Yan, Kedah untuk untuk bergotong-royong membersihkan tapak bencana” jelasnya.

Khairuddin ditemui dalam program Pelepasan Selangor Volunteers (SERVE) di Dataran Shah Alam pada Ahad.



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: