Shah Alam – Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari menyatakan kesudian untuk berkerjasama dengan Putrajaya untuk berkongsi data raya bagi melancarkan hasrat menjadi negeri pintar menjelang 2025.
Menyatakan ianya adalah salah satu hasrat kerajaan negeri, beliau menjelaskan ianya perlu dengan bantuan kerajaan pusat.
Jelasnya lagi, ia selari dengan hasrat bagi menggerak ekonomi dan kerjasama adalah diperlukan untuk menerima lebih banyak maklumat.
“Kita tak boleh buat sendirian, kerana ia tidak membantu menghubungkan data-data.
“Sebut ‘smart state’ perlu ada ‘big data’ analisis, ia boleh dicapai dengan gabungan data dan maklumat bersama” katanya.
Beliau yang berucap ketika persidangan Dewan Negeri Selangor turut menambah perbincangan perlu dilakukan di peringkat awal kerana tertakluk Akta Perlindungan Data Peribadi.
“Kerajaan Selangor tiada sebarang masalah, kita terbuka dan boleh bincang segala terma, pasti adanya syarat kerana melibatkan data dan maklumat” tambahnya.
Amiruddin ketika menjawab soalan tambahan ADUN Bukit Antarabangsa, Datuk Seri Azmin Ali mengenai perancangan inisiatif Smart Selangor dengan inisiatif MyDigital.