Kuala Lumpur – Kawasan Lembah Klang dijangka boleh beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) tidak lama lagi.
Perkara ini dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri.
Ini berikutan, 80% penduduknya telah divaksinasi sekurang-kurangnya satu dos.
“Kadar vaksinasi di Lembah Klang telah capai lebih 80% dan ini membolehkan kawasan ini beralih ke fasa berikutnya” tulisnya dalam laman facebook beliau.
Jelasnya lagi, beliau akan membincangkan perkara ini dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Covid-19 bersama menteri dan akan dimuktamadkan.
Ismail pada Ahad telah menyaksikan penerima suntikan vaksin Astra Zaneca yang ke 1 juta di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Dagangan Dunia (WTC).
Penerima ke sejuta itu adalah dari kalangan penduduk Lembah Klang dibawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).
