Terkini

Agong zahir ucapan Selamat Hari Kebangsaan ke 64

Kuala Lumpur – DYMM KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sullan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa @illah Shah tbni Almarhum Sultan Hayi Anmad Shah Al-Musta‘in Billah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Kebangsaan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Baginda dalam kenyataannya turut memanjat rasa syukur dengan usia kemerdekaan yang mencapai 64 tahun selain turut berharpa kestabilna dan keharmonian dapat terus dikekalkan.

Walaupun ini merupakan tahun kedua rakyat meraikan dalam suasana pandemik Covid-19, namun ianya tidak mematahkan semangat patriotisme dan kecintaan kepada negara.

Sehubungan itu, baginda turut mengajak rakyat mengimbau kembali perjuangan wira negara yang menentang penjajah sehingga kemerdekaan dapat dicapai.

“Semangat dan roh Perjuangan enam dekad yang lau diterap dan disuburkan kembali pada hari ini, nescaya negara juga berupaya untuk merdeka dari ancaman pandemik COVID-19 buat selamalamanya.

“Sesungguhnya, kesepaduan sosial, integrasi nasional dan perpaduan antara kaum adalah merupakan kunci untuk negara menghadapi apa jua cabaran yang mendatang termasuklah pandemik COVID-19 yang sedang melanda negara” titahnya.

Seri Paduka Baginda turut menasihati seluruh rakyat agar terus menjaga kesihatan diri dan turut bersatu padu dalam mewujudkan suasana persekitaran yang selamat demi untuk membendung penularan pandemik ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: