Politik

Kerajaan baru berasaskan permuafakatan, fokus untuk rakyat – Annuar Musa

Kuala Lumpur – Ahli Parlimen Ketereh yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa mengingatkan semua pihak agar tidak mengklasifikasikan nama kerajaan baru dibawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri.

Beliau juga menyeru agar hentikan polemik politik dan memberi fokus berkhidmat kepada negara dan rakyat.

“Hentikanlah klasifikasi nama kerajaan yang ada sekarang, perkara ini tidak perlu dipanjangkan dan perlu difahami kerajaan pada hari ini adalah kerajaan rakyat berasaskan permuafakatan.

“Kalau kita biar negara terjebak ketidaktentuan politik dan ketidaktentuan kerajaan yang berpanjangan, rakyat akan rugi” katanya.

Beliau turut menerima baik saranan Perdana Menteri yang memberi tempoh 100 hari bagi setiap menteri dan timbalan menteri memberi prestasi yang baik selepas dilantik.

“Saya tidak menganggap tempoh 100 hari itu singkat dan sukar, kerana jika kita benar-benar fokus tentang kerja pastinya tempoh tiga hari juga kita boleh selesaikan sesuatu tugasan, bagi saya tumpuan dan usaha sekarang adalah untuk bangunkan negara dan bantu rakyat.

“Saya pasti semua ahli Parlimen yang dilantik menjadi menteri dan timbalan menteri akan berikan yang terbaik” tambahnya lagi.

Beliau ditemui dalam sidang media selepas meninjau aktiviti Malam kasih Merdeka di Rumah Prihatin, Hotel Grand Seasons Kuala Lumpur malam tadi.

Turut hadir, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Timbalan, Datuk Seri Jalaluddin Alias.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: