Kuala Lumpur – Satu mesyurat pertama Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri akan berlangsung pada Rabu.
Mesyuarat yang memfokuskan kaedah baharu menguruskan pandemik akan dibincangkan terutama mengenai peralihan ke fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi kawasan Lembah Klang.
Ini berikutan kadar vaksinasi di kawasan ini telah mencapai lebih 80% melalui program pemberian vaksin di seluruh PPV disini.
Ismail Sabri sebelum ini dalam kenyataanya memaklumkan akan mempertimbangkan peralihan fasa namun bergantung kepada keputusan bersama dan perlu memperincikan pelbagai aspek dalam mendepani pandemik ini.