Hiburan

Eina Azman, suami dan dua pembantu rumah positif Covid-19

Kuala Lumpur – Saya dan suami positif Covid-19.

Begitulah luahan pelakon Eina Azman yang didapati positif Covid-19. Turut positif adalah suaminya dan dua orang pembantu rumah.

Eina yang telah memuatnaik satu hantaran di laman Instagramnya memaklumkan tidak pasti jangkitan virus tersebut dari mana namun menyatakan beliau kini sedang mengalami demam panas dan batuk.

“Dukacita , saya ingin maklumkan saya, suami dan 2 bibik saya Bik Mega n Bikna didapati positive covid 19. Macam nak gugur jantung ni bila dapat result ni Sebab saya selalu buat covid test. Even last week saya dan suami baru saja buat covid test sebelum buat surgery n result yang keluar negative”.

“Saya taktau macam mana dalam seminggu saya boleh kena. Sedih ya amat bila terpaksa tengok @aubreykarl buat covid test dengan menangis. Saya mmg tak sampai hati tengok ” tulisnya.

Jelasnya, dua orang anaknya dan kakak beliau, Wenny Azman walau bagaimanapun negatif.

“Sekarang saya dah mula demam panas n dah start batuk. Cuma keadaan suami saya kurang ok sebab demam terlalu panas n oxygen dia turun naik” tambahnya.

Beliau juga memaklumkan suaminya akan dipantau melalui ujian xray berilutan kondisi yang kurang baik.

Beliua juga turut memohon orang ramai mendoakna kesihatannya sekeluarga bertambah baik.

“Saya minta tolong semua doakan untuk kami sekeluarga bersama bibik2 semua kembali sihat seperti biasa” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: