Ipoh – Berkenaan tular sejak dua hari lepas satu video yang menunjukkan seorang pengawal keselamatan cedera parah di bahagian kepala setelah dipukul seorang lelaki di sebuah kondominium.
Video yang tular di media sosial itu dipercayai lelaki berkenaan berang apabila tidak dibenarkan masuk ke kawasan kolam renang oleh pengawal terbabit susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Kejadian tersebut berlaku pada Jumaat 29 Disember 2020.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid dalam kenyataanny berkata kes tersebut diklasifikasikan semula mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Pihak polis telah merujuk semula kes tersebut kepada pendakwa raya dengan mencadangkan pertuduhan yang lebih tinggi kepada suspek.
Kes dirujuk semula pada hari mangsa meninggal dunia dan jika disabitkan bersalah boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.
Namun setakat hari ini, kes maaih menunggu arahan selanjutnya dari mahkamah.