Terkini

Rumah Prihatin perkasa program ATM beras, penempatan pesakit kanser dan bank mainan

Kuala Lumpur – Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Seri Tpr Annuar Musa meninjau aktiviti Malam kasih Merdeka di Rumah Prihatin, Hotel Grand Seasons Kuala Lumpur.

Aktiviti yang bertujuan bagi menyemai semangat patriotik di kalangan sukarelawan Prihatin Volunteer (PriVo) sempena ulangtahun kemerdekaan ke 64.

Annuar yang juga pengasas Rumah Prihatin berharap penempatan sementara ini dapat terus berfungsi memberi manfaat kepada yang memerlukan dan akan diteruskan oleh Menteri Wilayah Persekutuan baharu, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Bagi meneruskan program MyBeras, satu inisiatif terbaru iaitu mesin ATM beras akan mula dilancarkan pada Selasa di Rumah Prihatin yang dapat membantu golongan kurang berkemampuan dan terjejas.

“Mesin ATM beras akan dilancarkan esok dan ia terbuka untuk rakyat Malaysia terutama di Lembah Klang.

“Kita akan perincikan kaedah data yang pada ketika ini meliputi 15,000 data terkumpul dan kemungkinan akan bertambah memandangkan ada golongan yang berkemampuan pada awalnya namun terjejas kerana pandemik Covid-19” katanya.

Jelasnya, mesin ini akan beroperasi lima hari seminggu kecuali sabtu dan ahad.

Selain itu, inisiatif program ‘Toy Bank Prihatin’ turut dijalankan bagi menyumbang mainan untuk anak-anak kecil yang kurang bernasib baik.

“Pengumpulan mainan juga terbuka daripada syarikat korporat dan orang ramai, kita terima mainan terpakai dan dibersihkan untuk disumbangkan kepada anak-anak kecil” tambahnya.

Rumah Prihatin juga akan dibuka kepada pesakit-pesakit kanser yang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang kurang berkemampuan dari segi pengangkutan ulang alik untuk tinggal dalam satu tempoh tertentu.

“Pesakit kanser yang kurang berkemampuan dan perlu berulang alik untuk rawatan susulan juga boleh ditempatkan disini dan ianya perlu melalui pengesyoran dari pihak doktor dan hospital.

“Sebanyak 10 bilik dan 20 buah katil diperuntukkan khas untuk pesakit kanser yang kurang berkemampuan” tambahnya.

Selain itu, terdapat beberapa lagi program lain fokus membantu rakyat termasuk khidmat kesihatan mental Prihatin, dapur Prihatin, bank makanan, khidmat vaksinasi Prihatin dan pusat gerakan jejak Prihatin.

Turut hadir, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Timbalan, Datuk Seri Jalaluddin Alias.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: