Putrajaya – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri kini menjalani kuarantin kendiri setelah disahkan kontak rapat dengan pesakit Covid-19.
Perkara ini disahkan oleh Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan media pada Isnin.
“Dimaklumkan bahawa Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob hari ini mula menjalani kuarantin kendiri setelah disahkan kontak rapat kepada pesakit COVID-19” tulis dalam kenyataannya.

Sehubungan itu, Perdana Menteri tidak dapat menghadiri Istiadat Pengumiaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Simpan Rahsia Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri Persekutuan, di hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Anmad Shah Al-Musta’in Billah pada petang ini.
Tambahnya, beliau hanya akan menyertai secara maya bagi sambutan Hari Kebangsaan 2021 yang dijadualkan berlangsung di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya esok (31 Ogos 2021).