Bisnes

Kulim sasar jadi peneraju agribisnes dalam tempoh 5 tahun

Kuala Lumpur – Kulim Berhad melancarkan pelan transformasi 5 tahun dalam menerajui agribisnes.

Pelancaran inj bersempena meraikan ulang tahun ke 88 penubuhannya.

Antara rancangan pelan transformasi tersebut meliputi usaha menyasarkan dan memperkukuhkan perniagaan terasnyanya, mewujudkan pertumbuhan baru, meningkatkan kecemerlangan operasi di seluruh Kumpulannya, dan membuat persediaan untuk Tawaran Awam Awal (IPO) pada tahun 2024.

Mohd Faris Adli Shukery, Pengarah Urusan Kulim berkata antara tugas pertamanya di Kulim sejak menyandang jawatan tersebut pada Oktober tahun lalu adalah untuk menyelaraskan haluan strategik syarikat.

Jelasnya, tujuan utamanya untuk memperkukuhkan kedudukan Kulim sebagai peneraju agribisnes dan mewujudkan legasi yang mampan.

“Antara hasrat saya, untuk memastikan Kulim sebagai organisasi yang menguntungkan yang dibina berdasarkan kepercayaan dan asas yang tepat untuk generasi akan datang,” katanya.

Beliau juga turut memastikan pengemasan struktur perniagaan merangkumi pelupusan perniagaan dan aset bukan teras, syarikat yang dorman atau tidak aktif, dan penambahbaikan kepada struktur organisasi, yang dijangka selesai pada hujung tahun.

Antara penekanan lain juga mengembangkan perniagaan huluan, tanaman bernilai tinggi dan kawasan pertumbuhan baharu khususnya pertanian pintar atau bersepadu dan pengurusan ternakan, Kulim juga meneroka hiliran yang akan menyumbang kepada margin keseluruhan rantai nilai.

“Walaupun menghadapi cabaran pandemik COVID 19, Kulim berjaya mencatat peningkatan hasil sebanyak 17% dari RM1.21 bilion pada 2019 menjadi RM1.41 bilion pada 2020,” tambahnya.

Kulim juga menerapkan sistem baharu untuk meningkatkan sistem pengurusan, operasi, tadbir urus dan perakaunan, serta meningkatkan lagi penjenteraan dan automasi dengan melabur lebih banyak untuk jentera.

Faris turut berkata kunci kejayaan transformasi adalah dengan menghargai usaha pekerja pekerjanya, dibantu oleh digitalisasi dan mekanisasi untuk meningkatkan produktiviti.

Dalam pada itu, Kulim tetap komited terhadap prinsip Alam Sekitar, Sosial & Tadbir Urus (ESG) dan menyedari kepentingan ESG di seluruh organisasinya.

“Kami tetap komited terhadap pensijilan RSPO dan MSPO, melabur dalam inisiatif Tenaga Diperbaharui dan bekerjasama dengan kumpulan biodiversiti untuk meningkatkan kesedaran tentang isu isu alam sekitar.

“Kulim juga melaksanakan inisiatif pembangunan masyarakat melalui institusi dan program untuk masyarakat, kanak kanak dan pendidikan, kebajikan masyarakat, infrastruktur, budaya dan agama” tambahnya.

Jelasnya lagi, apabila Kulim telah berjaya mendapat pengiktirafan dengan Sistem Pengurusan Pencegahan Rasuah ISO 37001: 2016 (ABMS) oleh SIRIM pada 4 Jun 2021.

Kulim juga melancarkan kempen #kulim88 dan #kulimpeduli bagi membantu mereka yang terkesan dengan pandemik Covid 19.

Kempen #kulim88 berakhir pada 29 Ogos sementara #kulimpeduti bermula bulan ini hingga akhir Disember yang bertujuan untuk membantu 1,500 penerima di Malaysia.

Kedua dua inisiatif ini dikolaborasikan dengan pelbagai pertubuhan iaitu Yayasan Jcorp, MyFundAction, dan agensi strategik lokal Johor yang lain.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: