Kuala Lumpur – Perdana Menteri hari ini telah mempengerusikan mesyuarat Kabinet pertama menerusi sidang video dari rumah.
Beliau yang kini masih menjalani kuarantin kendiri setelah didapati kontak rapat dengan pesakit Covid-19.
Dalam mesyuarat tersebut, antara penekanan utama, membincangkan status terkini jangkitan COVID-19 bagi memastikan semua kementerian bergerak proaktif bagi pengukuhan tindakan tahap kesihatan demi melonjakkan semula aktiviti ekonomi yang memberi manfaat utama kepada rakyat.
Selain itu, beliau turut mengingatkan para Menteri kabinet berkenaan pencapaian dalam tempoh 100 hari perlu dibuktikan dalam setiap kementerian.
Tambahnya, tindakan pantas dan bersepadu merupakan aspek utama bagi membebaskan Malaysia daripada ancaman wabak penyakit, kegawatan ekonomi serta kekusutan politik yang telah dilalui oleh rakyat sebelum ini.
Ismail turut mengingatkan segala bantuan yang telah diumumkan mesti disegerakan bagi memastikan keberhasilan yang mengutamakan kestabilan dan keselamatan Keluarga Malaysia.