Bera – Mayat anggota tentera yang dipercayai lemas semasa menjalani latihan PARA Predator siri 1/2021 pada Ahad lalu di Sungai Pahang ditemui pagi tadi.
Mangsa yang hilang pada 29 Ogos lalu ditemui dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) dan pencarian disambung pagi ini membawa penemuan mayat di sekitar kawasan Kampung Batu Bor pada jam 9 pagi tadi.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang turut menyertai operasi SAR semalam dengan menaiki bot dalam keadaan hujan di sekitar Sungai Pahang.