Kuala Lumpur – Atlet lontar peluru negara, Ziyad Zolkefli memuat naik satu hantaran di laman facebooknya dan memohon maaf buat seluruh rakyat Malaysia.
Ini berikutan rayuan kontinjen Malaysia berkenaan penarikan pingat emas yang dimenangi dalam sukan Paralimpik Tokyo 2020 ditolak dalam mesyurat chef de mission (CDM).
“Saya mintak maaf kepada semua rakyat Malaysia.
“Terima kasih memberi sokongan kepada saya,” tulisnya.

Ziyad yang berjaya memecahkan rekod dunia semalan dalam acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran) dengan lontaran sejauh 17.94 meter.
Sejurus itu, kem Ukraine mengemukakan protes terhadap Ziyad dan dua lagi atlet, Todd Hodgetts dari Australia dan Jordi Patricio dari Ecuador kerana lewat memasuki bilik menunggu (call room).
