Sukan

Paralimpik Tokyo: KBS gerak Jawatankuasa Siasatan teliti insiden secara menyeluruh

Kuala Lumpur – Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyatakan rasa kecewa terhadap pihak Jawatankuasa Penganjur khusunya WPA dan IPC dalam mempertimbangkan insiden penarikan kemenangan Ziyad Zolkefli dalam acara lontar peluru pada Selasa.

“Kita berasa kecewa bahawa dalam kita begitu setia berdiri di belakang IPC menyokong temasya ini dilangsungkan dalam keadaan mengancam nyawa atlet-atlet kita tetapi sedikit kelewatan kalau benar ianya berlaku tidak dapat diberi pertimbangan sewajarnya.

“Apatah lagi atlet-atlet tersebut telah bersedia menunggu selama 5 tahun tetapi harapan dan semangat paralimpik mereka dimusnahkan kerana kelewatan tidak sampai pun 5 minit sahaja” katanya dalam satu kenyataan media.

Insiden tersebut berlaku apabila kem Ukraine membuat bantahan atau protes terhadap kemenangan Ziyad dengan mendakwa beliau lambat sampai ke bilik menunggu (call room).

Ianya turut melibatkan atlet dari Equador dan Australia yang diletakkan dibawah status DNS (Did not start).

“Saya ingin merakamkan terima kasih kepada deligasi Equador dan Australia yang telah bersama sama Malaysia mengemukakan rayuan walaupun sebarang keputusan rayuan tersebut tidak memberi kesan perolehan pingat kepada atlet mereka sendiri, tetapi atas dasar semangat kesukanan paralimpik yang tinggi, kedua dua negara tersebut berdiri teguh menyokong rayuan kontinjen Malaysia” tambahnya.

Faizal juga turut meminta Ketua Pengarah MSN untuk mendapatkan laporan awal insiden yang berlaku dan bersama-sama MPM menggerakkan Jawatankuasa Siasatan bagi melihat insiden ini secara menyeluruh dan menyediakan pelan tindakan lanjut yang pertu dilakukan mengenai bantahan dan rayuan rasmi yang telah dilakukan.

“KBS juga akan meneliti kaedah pada masa depan bagaimana hendak menangani supaya insiden yang sama tidak akan berlaku kepada atlet negara nanti” jelasnya.

Beliau juga menggesa untuk semua pihak tidak menuding jari mencari kesalahan sesiapa dalam hal ini tetapi yang paling penting agar semua pihak termasuk IPC dan WPA melihat semula peraturan-peraturan yang ditentukan.

“Saya sendiri akan menyambut kepulangan Muhammad Ziyad Zolkefli pada 3 September 2021 dan akan tetap disambut sebagai seorang wira kebanggaan negara” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: