Terkini

Gangguan bekalan air pulih sepenuhnya

Kuala Langat – Gangguan bekalan air di sekitar Petaling, Hulu Langat, Sepang, Putrajaya dan Kuala Langat pulih sepenuhnya sekitar jam 6 pagi tadi.

Semua 463 kawasan yang terjejas itu yang mengalami gangguan berikutan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih akibat pencemaran yang berlaku.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan di laman facebook Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mengesahkan perkara itu.

Air Selangor turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai kerana bersabar sepanjang tempoh gangguan.

Sehubungan itu, pengguna disarankan mendapatkan maklumat sahih terus dari platform rasmi Air Selangor.

“Maklumat terkini boleh didapati di semua aplikasi iaitu Twitter, Facebook (Fb), Instagram (IG) dan laman web www.airselangor.com.

Bagi pengguna yang mempunyai sebarang aduan boleh dijaukna terus kepada Pusat Perhubungan Air selangor di talian 15300 atau Pusat Khidmat bantuan melalui aplikasi telefon bimbit.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: