Kuala Lumpur – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa memuat naik satu hantaran di laman twitternya menyatakan harapan kepada orang ramai agar dapat bersama menyuarakan cadangan tambah baik Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).
Jelasnya, taklimat dari pelbagai jabatan dan agensi dibawah KKMM dijangka memenuhi minggu pertama tugas beliau sebagai menteri.
Beliau menyatakan akan terus berusaha memahami setiap perkembangan KKMM terutama dalam menangani isu jurang digital, pelaksanaan 5G, menghubungkan “the under connected”.
“Saya akan lihat bagaimana kita boleh segera melaksanakan dan menambah baik perkara ini” tulisnya.
Jelasnya lagi, beliau sentiasa terbuka menerima idea dan sebarang komen untuk memastikan Kementerian bergerak dengan baik dalam menumpukan perkhidmatan berkualiti kepada masyarakat.