TMCB dilantik terajui Hab Perdagangan Qazaq, Kazakhstan Di Malaysia

Published by

on

Kuala Lumpur – Pakar rangkaian perniagaan dan teknologi maklumat tempatan, Tanah Melayu Capital Berhad (TMCB) kini dilantik menerajui projek Hab Perdagangan Qazaq di Malaysia.

TMCB yang dilantik oleh Kementerian, Perdagangan dan Integrasi Kazakhstan itu menandatangani perjanjian bagi mewujudkan hab perdagangan di Kuala Lumpur sekaligus menjadikannya yang pertama di Asia Tenggara.

Hab perdagangan Qazaq itu dijangka menjadi pusat sehenti sebagai meningkatkan perdagangan serta pelaburan antara Kazakhstan dan Malaysia.

Tambahnya, ini juga akan menjadi platform utama bagi Kazakhstan untuk lebih kehadapan dan melibatkan negara-negara lain di Asia Tenggara dalam membuka peluang komersial dan aktiviti perniagaan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Majlis pemeteraian itu yang dijadualkan tidak lama lagi akan disaksikan pemimpin negara dari Kazakhstan dan Malaysia.

Pengarah TMCB, Ridhwan Rosli berkata, syarikat itu akan memanfaatkan pandangan dan hubungan pasaran tempatan dengan pihak berkepentingan utama awam dan swasta untuk menjayakan Hab Perdagangan Qazaq.

Jelasnya, hab ini dijangka meningkatkan lagi perdagangan selain berpotensi memacu lebih banyak pelaburan langsung asing ke Malaysia

“Pada masa ini, Malaysia merupakan rakan dagang terbesar Kazakhstan di rantau ini melibatkan nilai dagangan kira-kira RM600 juta setahun,” katanya.

Naib Menteri Perdagangan dan Integrasi Kazakhstan, Assel Zhubanyshevna Zhanassova berkata, hab perdagangan itu mengesahkan lagi bahawa Kazakhstan terbuka untuk perniagaan dan mencari laluan secara proaktif untuk berkembang dan mempelbagaikan perdagangan dan pelaburan dalam semangat kerjasama ekonomi global.

“Mengambil kira kedudukan geografi kami, Kazakhstan juga boleh menjadi hab transit antara Asia Tenggara dan Eropah, khususnya di negara-negara Kesatuan Ekonomi Eurasia (EAEU).

“Hab transit ini akan membolehkah paradigma perdagangan baharu yang berupaya mewujudkan pekerjaan, menambah baik kehidupan dan memelihara sumber asli,” katanya.

Leave a comment

Blog at WordPress.com.