Bisnes

RTBA Malaysia: Cukai vape tinggi akan merangsang pasaran gelap

KUALA LUMPUR – Advokasi Jenama Runcit dan Dagang Malaysia (RTBA Malaysia) sebuah organisasi bukan kerajaan yang memberi advokasi berhubung keberkesanan undang-undang, kewangan dan polisi percukaian yang memberi kesan kepada jenama dan peruncit berpendapat hari ini melahirkan kebimbangan terhadap kesan jangka panjang kadar cukai yang tinggi untuk produk vape di Malaysia. 

Dato’ Fazli Nordin, Pengarah Urusan RTBA Malaysia berkata, “Pada pembentangan Belanjawan 2022 baru-baru ini menyaksikan kerajaan mengumumkan cukai sebanyak RM1.20 bagi setiap mililiter cecai vape (cecair bernikotin dan tanpa nikotin) berkuatkuasa 1 January 2022. Walaupun ini adalah langkah positif ke arah mengawal selia industri vape yang semakin berkembang di Malaysia, RTBA Malaysia percaya bahawa terdapat keperluan untuk menilai kesan kadar cukai yang tinggi ke atas produk vape.”

“Kadar cukai yang dicadangkan akan mengakibatkan lonjakan harga yang melampau untuk produk vape. Laporan telah menunjukkan bahawa kadar eksais untuk produk vape sahaja akan lebih tinggi daripada harga runcit semasa produk ini. Sebagai contoh, sebotol cecair 30ml akan dikenakan cukai sebanyak RM36 yang hampir sama dengan harga runcitnya sekarang. Ini pastinya akan menyaksikan harga runcit melambung tinggi dan menyebabkan pengguna mencari produk tanpa cukai yang lebih murah. Ini akan mewujudkan peluang bagi kumpulan jenayah berskala besar untuk meningkatkan bekalan bagi memenuhi permintaan pasaran gelap.” 

“Industri vape tempatan telah berkembang dengan ketara sejak beberapa tahun dan berada dalam kedudukan terbaik untuk berkembang lebih jauh. Malaysia sudah mempunyai landskap yang ideal iaitu akses kepada pasaran, peluang untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (PKS), kestabilan makroekonomi, pasaran buruh mahir dan responsif serta infrastruktur yang dibangunkan dengan baik. Pelaksanaan kadar cukai yang tinggi boleh membantutkan kemajuan dan dalam jangka panjang, boleh menyebabkan kerugian besar kepada PKS tempatan.”

RTBA memberitahu, terdapat bukti menunjukkan bagaimana kadar cukai yang tinggi boleh memberi kesan kepada industri vape dan meransang pasaran gelap.

“Kita lihat apa yang belaku pada industri vape Itali mengalami kekangan ekoran daripada pelaksanaan kadar cukai yang tinggi. Menurut kajian, pada satu ketika kadar cukai untuk e-cecair vape berada pada paras tertinggi €0.385 setiap mililiter (RM1.85) dan Jabatan Kewangan Itali mengutip cukai yang jauh lebih rendah daripada unjurannya apabila pengguna beralih kepada produk yang tidak dikenakan cukai. Akhirnya, kerajaan Itali mengurangkan cukai vapenya dan mengajui bahawa kadar cukai yang tinggi mewujudkan pasaran gelap dan menyebabkan pengguna beralih kepada produk yang tidak terkawal.”

“Ini membuktikan bahawa rangka kerja percukaian yang seimbang adalah penting untuk kemampanan mana-mana industri. Kami percaya bahawa dasar cukai perlu berasaskan bukti dan direka dengan teliti untuk mengelakkan kesan yang tidak diingini,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: