Bisnes

Mercato buka cawangan kelima di Malaysia

Kuala Lumpur – Pasar raya premium, Mercato secara rasminya membuka cawangan kelima di Great Eastern Mall, Kuala Lumpur hari ini.

Pengarah Operasi Kedai, Malaysia dan Singapura, Mark Scates percaya dengan pembukaan cawangan kelima ini, pihaknya komited dalam menyediakan pelbagai rangkaian produk berkualiti, nilai, perkhidmatan dan kemudahan kepada pelanggan.

Pengarah Operasi Kedai, Malaysia dan Singapura, Mark Scates

“Lokasi di Great Eastern Mall dipilih kerana ianya strategik dan berhampiran dengan pejabat kedutaan pelbagai negara.

“Ia sangat sesuai dan memudahkan para pelanggan membeli barangan keperluan tempatan dan juga import, dari segi tidak jauh beza dengan pasar raya lain dan kami tawarkan keselesaan membeli belah kepada pelanggan” jelasnya.

Mark turut menambah, Mercato bekerjasama dengan rangkaian makanan sihat Rawsome untuk kesegaran yang lebih baik dan pilihan yang lebih organik dalam memenuhi cara hidup sihat rakyat Malaysia.

“Kami benar-benar berterima kasih kepada pelanggan kerana membenarkan kami berkhidmat kepada masyarakat. Tiada satu pun daripada pencapaian kami akan dapat dicapai tanpa sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi,” tambahnya lagi.

Beliau turut memaklumkan berkenaan perancangan akan datang untuk membuka cawangan baharu dan menjadikan ia sebagai yang keenam di negara ini.

Bagi meraikan pembukaan cawangan kelima ini, Mercato menawarkan beg kitar semula kepada 1000 pelanggan awal.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: