Terkini

Jangan jadikan asnaf sebagai ‘content’ raih pujian – Yaakub Yusra

Kuala Lumpur – Rakyat Malaysia cukup dikenali dengan sifat pemurah dan tidak lokek memberi bantuan lebih-lebih lagi kepada golongan asnaf yang dalam kesusahan.

Dalam kemajuan teknologi pada masa kini, kita lebih mudah mengesan atau mengetahui sesiapa sahaja yang susah apabila ianya ditularkan melalui media sosial.

Namun, segelintir pihak akan mengambil kesempatan yang seakan gemar meraih pujian dengan jumlah komen, sukaan dan kongsian sehingga menjadikan golongan asnaf sebagai kandungan (content).

Tindakan sebegini secara tidak langsung membuatkan golongan susah itu berasa malu dan tertekan apabila dianggap sebagai subjek untuk meraih simpati.

Pengarah Urusan Murtadha Dakwah Centre (MADAD) Yaakub Yusra Mohd Yusoff dalam satu hantaran di Facebook berkata, dokumentasi serta hebahan sesuatu perkara itu perlu namun biarlah secara sederhana dan tidak mengaibkan mana-mana pihak.

“Sekarang ini ramai sangat yang menjadikan asnaf sebagai tempat untuk isi kandungan. Bagi saya memang tidak bertanggungjawab” katanya.

Tambahnya lagi, “Saya yakin orang susah pun tidak mahu diaibkan dan dimalukan. Ya Islam ajar kita tangan memberi lebih baik dari tangan yang menerima tetapi jangan lah yang memberi mendapat kredit yang menerima mendapat malu atau aib. Mereka ada maruah,”.

Jelasnya, sifat memberi itu amat digalakkan namun ia perlu dilaksanakan dalam keadaan yang tidak mencalarkan imej pihak terlibat.

Nasihat yang dikongsi Yusra menerusi video di Facebook itu kini telah ditonton lebih 170,000 orang di laman sosial terbabit dan turut tular di platform Twitter.

Dalam video sama, beliau turut berkongsi mengenai mesin ATM Beras yang merupakan inisiatif MADAD untuk mudahkan golongan asnaf terima bantuan dan manfaat.

Mesin ATM Beras merupakan salah satu cara yang diambil MADAD untuk menutup rasa malu dan segan asnaf meminta bantuan.

Jelasnya mereka yang memerlukan hanya perlu memohon kad untuk Mesin ATM Beras terbabit dan boleh mendapatkan beras tanpa perlu berjumpa mana-mana pihak.

Maklumat lanjur berkenaan Mesin ATM MADAD boleh layari laman sesawang madadcentre.com.

MADAD merupakan sebuah fasiliti dakwah 24 jam yang lengkap dengan masjid, rumah warga emas, pengurusan jenazah percuma dan pendidikan percuma.

Pembinaan pusat dakwah itu dijangka akan siap sepenuhnya pada 2025.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: