Gaya Hidup

Kampoong Delights saji nasi dulang lauk kampung

Kuala Lumpur – Membuka restoran dalam fasa pandemik dan selepas Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Ia memerlukan kesabaran dan kegigihan lebih-lebih lagi dalam meyakinkan para pelanggan.

Pemilik restoran Kampoong Delights, Irene Catalina tidak menolak bahawa cabaran yang diterima banyak mengajarnya namun bersyukur restoran yang diusahakan hampir dua bulan itu kini mendapat sambutan luar biasa.

Mengetengahkan menu nasi dulang dan hidangan lauk kampung menjadikan restoran itu sebagai lokasi tumpuan menjamu selera para pelanggan di ibu kota.

“Menu utama yang kami sajikan disini adalah nasi dulang dan pelbagai lauk-lauk kampung, antara yang menjadi kegemaran pelanggan adalah nasi dulang ikan bawal petai.

“Selain itu, kami ada juga pelbagai menu lain seperti chicken chop, lamb chop, sate, bakso, ayam penyet, ABC dan sebagainya. Hidangan sampingan ini disediakan oleh vendor-vendor yang ada disini” jelasnya.

Pemilihan lokasi restoran di Setapak Village, Kuala Lumpur dipilih kerana tumpuan orang ramai selain strategik dengan kemudahan parkir yang luas.

Beliau yang juga seorang penyanyi popular dengan single lagu berjudul ‘Ajari Aku’ pada tahun 2017, kini lebih meminati bidang perniagaan makanan memaklumkan pernah memilik sebuah restoran ayam kampung di Bangi namun terpaksa menutup operasi atas beberapa kekangan.

“Sebelum ini, saya terpaksa menutup restoran di Bangi kerana melahirkan anak dan atas kekangan lain, namun disebabkan minat mendalam pada industri F&B, saya mengusahakan restoran Kampoong Delights ini” tambahnya.

Beliau juga turut menasihatkan kepada para peniaga dan pengusaha restoran yang terkesan pandemik, agar bersabar dan mengaplikasikan beberapa cara promosi yang lebih efisen dalam melariskan kembali jualan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: