KUALA LUMPUR – Pada 12.12 Jualan Hari Jadi ini, Shopee meraikan kejayaan perniagaan tempatan yang telah beralih ke atas talian dan mendigitasi bahagian kewangan mereka dengan dompet mudah alih ShopeePay. Sempena perayaan membeli-belah ini, lebih ramai peniaga menawarkan tawaran dan promosi terbaik kepada pengguna ShopeePay, melalui pengalaman pembayaran yang bersepadu.

Pada masa ini di mana para pembeli lebih mengutamakan aspek digital, lebih banyak perniagaan telah menyesuaikan diri untuk memenuhi keperluan mereka yang semakin berubah. Ini termasuk menyediakan pengalaman pembayaran yang lancar di titik sentuh luar talian serta atas talian. Sejak awal tahun ini, bilangan peniaga luar talian yang telah mula menggunakan ShopeePay telah meningkat hampir dua kali ganda apabila lebih banyak perniagaan menggunakan ShopeePay bagi mengurus kewangan mereka dengan mudah. Ini juga membolehkan para pengguna menikmati kemudahan dan keselamatan yang dipertingkatkan.
Alain Yee, Ketua ShopeePay Malaysia berkata, “Kami berasa teruja menjadi sebahagian daripada transformasi digital pelbagai perniagaan di Malaysia tahun ini, termasuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS). Melalui sokongan pemasaran yang kukuh, infrastruktur yang teguh dan jangkauan yang meluas melangkaui bandar-bandar besar, kami membolehkan lebih ramai peniaga mengembangkan perniagaan mereka bersama ShopeePay dan membekalkan pelanggan mereka dengan pengalaman pembayaran yang lancar.”
Memandang ke hadapan, kami akan terus berusaha untuk meningkatkan lagi akses kepada pembayaran digital, serta menambahbaik kehidupan individu dan perniagaan menerusi teknologi. Kami teruja untuk meraikan Shopee 12.12 Jualan Hari Jadi bersama rakan peniaga serta pembeli, dan kami berharap tahun 2022 menjadi satu lagi tahun yang bermakna.”
1. Meraikan perniagaan-perniagaan di 12.12 Jualan Hari Jadi Shopee
Pada 12.12 Jualan Hari Jadi ini, ShopeePay meraikan kejayaan perniagaan yang berkembang dengan menggunakan ShopeePay. Perniagaan tempatan juga bakal mengalami keterlihatan dan trafik yang dipertingkatkan sepanjang perayaan membeli-belah ini.
Andy Chin, Naib Presiden Pemasaran, Kumpulan MR. DIY berkata, “Kerjasama bersama ShopeePay ini adalah satu kemenangan untuk semua pihak yang terlibat. Pelanggan kami mendapat kemudahan untuk membayar pembelian mereka di kedai MR. DIY melalui ShopeePay, dengan penambahan baucar ShopeePay yang menawarkan pulangan tunai dan diskaun. Untuk menambah lagi ganjaran, kami kini bekerjasama dengan ShopeePay untuk menawarkan Kit Ujian Kendiri Covid-19 pada harga diskaun RM3.80 semasa jualan 12.12 kami. Para pelanggan hanya perlu memuat turun dan menebus baucar ShopeePay untuk membeli kit tersebut di kedai MR. DIY yang terpilih. Dengan sokongan ShopeePay, kami memastikan pelanggan kami terus kekal selamat sambil menikmati ‘Always Low Prices’.”

Bryan Loo, Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding Sdn Bhd berkata, “Penggunaan ShopeePay sebagai salah satu kaedah pembayaran digital Tealive telah membolehkan kami untuk meningkatkan penglibatan dalam ekonomi digital. Selain itu, pengguna juga dapat menemui kedai Tealive berhampiran mereka dengan pantas melalui Baucar ShopeePay menerusi ciri ‘Deals Near Me’ di aplikasi Shopee. Hasilnya, kami telah menjual 40,000 cawan milk tea dalam satu hari melalui Baucar ShopeePay dalam salah satu kempen bulanan. Sempena sambutan hari lahir Shopee pada Disember ini, kami akan memberi ganjaran kepada pelanggan kami menggunakan baucar ShopeePay dengan tawaran menarik RM1.20 untuk minuman kedua mereka. Kami yakin bahawa 12.12 ini akan membantu kami meningkatkan pengunjung ke cawangan-cawangan kami di seluruh Malaysia.”
2. Nikmati tawaran luar talian terbaik pada 12.12 Jualan Hari Jadi
Sempena meraikan 12.12 Jualan Hari Jadi, ShopeePay juga akan membawakan tawaran eksklusif daripada beberapa jenama kegemaran rakyat Malaysia melalui ‘Deals Near Me’ di aplikasi Shopee. Nikmati Baucar ShopeePay 1 sen eksklusif ini pada 12 Disember:
- A&W – Chicken Coney pada harga RM5
- Black Whale – Black Whale Black Crystal Milk Tea (M) pada harga RM3.90
- EMart24 – IME Butter Popcorn pada harga RM6.90
- FamilyMart – Diskaun RM2 untuk mana-mana Sofuto
- Innisfree – My Real Squeeze Mask pada harga RM 1
- KGB – Dapatkan pulangan tunai RM5 dengan pembelanjaan minimum RM20
- Kenny Rogers – Dapatkan Kenny Rogers Trio Meal pada harga RM25 (RRP: RM36.50)
- KFC – Dapatkan pulangan tunai RM3 dengan pembelanjaan minimum RM10
- Krispy Kreme – Sebiji donut (assorted) pada harga RM1
- KK Super Mart – Kit Ujian Kendiri Antigen Covid-19 pada harga RM4.70
- myNEWS – GOODDAY Milk 250ml pada harga RM0.40
- MR.DIY – Kit Ujian Kendiri Antigen Covid-19 pada harga RM3.80 (Cawangan terpilih sahaja)
- Ninso – Diskaun RM1.50 untuk sebarang Snek

3. Memacu trafik ke kedai luar talian para peniaga
Memandangkan Malaysia sedang meneruskan usaha pemulihan ekonomi, dan pengunjung ke kedai-kedai semakin meningkat, Shopee menyasarkan untuk membantu mencipta pengalaman atas talian ke luar talian yang lancar dan bersepadu untuk pembeli dan peniaga.
Pada 12 Disember dan hanya pada pukul 12 tengah malam hingga 2 pagi dan 12 tengah hari hingga 2 petang, pelbagai Baucar ShopeePay 1 sen yang menawarkan pulangan tunai hingga 100% (terhad pada RM1.20) akan ditawarkan kepada rakyat Malaysia. Baucar-baucar ini dijangka memacu kira-kira 1 juta pengunjung dari atas talian ke peniaga luar talian kami. Kedai-kedai yang mengambil bahagian termasuk: Billion, Econsave, FamilyMart, Guardian, Giant/Giant Mini, Hero Market, KK Super Mart, Lotus’s, MR.DIY, myNEWS, Ninso, dan Tealive.
Untuk menikmati lebih banyak tawaran ShopeePay yang menarik, layari ‘Deals Near Me’ di aplikasi Shopee, atau kunjungi https://shopee.com.my/m/deals-near-me
Untuk maklumat lanjut mengenai Shopee 12.12 Jualan Hari Jadi, layari https://shopee.com.my/m/12-12