Terkini

E-Festour AKZ 5.0 giat promosi seni budaya melayu

Shah Alam – PELBAGAI tarian tradisional terutama zapin melayu yang unik dipersembahkan di Festival Perkampungan Budaya Melayu E-Festour AKZ 5.0.

Sebanyak 11 kumpulan penari membawa persembahan tarian dan dipertandingkan bertujuan mengangkat kembali seni tari serta memupuk rasa cinta terhadap budaya di kalangan para belia.

Penganjur festival, Noraniza Idris menjelaskan festival dengan tema ‘ Malay World Cultural Paradise’ itu bersifat sebagai satu platform promosi pelancongan yang mengetengahkan seni budaya bukan sahaja kepada pengunjung malah seluruh dunia melalui medium media sosial.

“Tujuan festival ini adalah untuk membuka ruang kepada masyarakat menghayati uniknya budaya kita melalui tarian, pakaian, adat, makanan dan permainan rakyat.

“Kita mahukan terutama golongan belia meminati dan menyertai aktiviti yang memperjuangkan warisan seni budaya supaya tidak lupus begitu sahaja” katanya.

Beliau turut menambah, festival ini juga membantu para usahawan kecil dan sederhana memasarkan produk mereka bagi mempromosi jualan lebih-lebih lagi dalam fasa pasca pandemik ini.

Festival ini diadakan dengan lokasi pertamanya di Aeon Shah Alam selama 3 hari. Pelbagai aktiviti dilakukan antaranya permainan congkak, bowling kampung, pertandingan kompang, bengkel tari dan sebagainya.

Jelasnya, festival ini juga akan menjelajah 7 destinasi di negeri pilihan seperti Johor, Kelantan, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang, Sarawak dan Kuala Lumpur sehingga bulan Jun 2022.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh YBM Tengku Laksamana Kelantan Tengku Abdul Halim Ibni Almarhum Sultan Ibrahim.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: