Kuala Lumpur – Parti Warisan secara rasminya melebarkan sayapnya ke seluruh negara hari ini 17 Disember.
Presiden, Datuk Seri Shafei Apdal menyatakan perkara itu semasa ucapan di majlis pelancaran Warisan peringkat nasional, di Kuala Lumpur pagi ini.
Beliau turut menjelaskan parti Warisan bukan berasaskan kaum dan agama semata-mata tetapi penekanan kepada keterangkuman keseluruhan kepelbagaian masyarakat di Malaysia.
“Parti Warisan terbuka kepada seluruh rakyat negara kita tidak kira agama, bangsa, budaya atau apa sahaja.
“Kita sediakan landasan ini supaya berlaku perubahan struktur dalam politik. Perlu ada peralihan dalam sistem politik yang lebih inklusif di negara ini” katanya.
Jelasnya lagi; “Orang Melayu tak akan mati kalau tiada UMNO. Islam negara Malaysia tak akan lumpuh kalau tiada PAS. Orang Cina tak akan mati jika tiada DAP”.

Beliau turut menambah, Parti Warisan tidak hanya untuk rakyat Sabah malah terbuka di seluruh Malaysia.
Dalam sidang media, beliau turut memaklumkan Parti Warisan secara rasmi berkerja sama dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA).
“Kami masih terbuka jika ada lagi kerjasama dan tidak amalkan ‘close door’ dengan mana-mana parti lain” tambahnya.
Turut hadir, Presiden Parti Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.