Terkini

VFive Group lancar 15 KPI tahun 2022, perluas program kemasyarakatan

Kuala Lumpur – VFive Group menutup tirai kalendar 2021 dengan melancarkan 15 Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi tahun 2022.

Pelancaran 15 KPI tersebut disempurnakan Ketua Pengarah Eksekutif VFive Group, Datuk Mohd Syafiq Abdullah di Majlis Jamuan Makan Malam Tahunan VFive Group 2021 bertempat di Hotel Royale Chulan malam tadi.

Ketua Pengarah Eksekutif VFive Group, Datuk Mohd Syafiq Abdullah

Majlis makan malam tahunan itu juga merupakan program bagi memberi penghargaan kepada rakan-rakan niaga, vendor, pembekal dan kakitangan yang telah bertungkus-lumus sepanjang tahun 2021 bagi memastikan setiap KPI yang ditetapkan dapat dicapai.

Syafiq berkata, beliau percaya bahawa konsep Keberkatan adalah penting dalam setiap apa yang dilakukan.

Justeru itu, VFive Group menitik beratkan aktiviti CSR sebagai satu inti pati KPI yang dirangkakan.

“Sebagai satu entiti perniagaan, tidak lari dengan objektif keuntungan namun kami sentiasa meletakkan konsep “Keberkatan” dengan menjadikan kerja kebajikan sebagai nilai teras dalam setiap urusniaga yang dijalankan.

“VFive Group telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk membantu komuniti yang terhimpit susulan penularan Covid-19 dan yang terbaru, kami turut bersama membantu mangsa yang terjejas banjir monsun baru-baru ini” tambahnya.

Kumpulan ini juga telah memperuntukkan RM3.6 juta bagi pelaksanaan keseluruhan 15 KPI bermula pada tahun 2021 melalui Yayasan VFive.

Jelasnya, pelbagai program telah dirangka bagi tahun 2022 yang lebih menepati pelbagai usaha dan strategi untuk membantu masyarakat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: