Gaya Hidup

Raikan tahun baru bersama Shopeepay

KUALA LUMPUR –ShopeePay Day yang pertama pada tahun 2022 akan berlangsung pada 1 Januari 2022 dan bakal membawakan pelbagai tawaran hebat serta pulangan tunai yang menarik kepada rakyat Malaysia apabila mereka membuat pembayaran atas talian dan luar talian dengan ShopeePay. 

Pada Jan 1 ShopeePay Day, pengguna ShopeePay akan menerima pulangan tunai 100% (terhad kepada RM1.10) dengan pembelanjaan minimum RM1.10 dengan menggunakan Baucar ShopeePay 1 Sen. Layari ShopeePay Limited Time Deals untuk mendapatkan baucar-baucar menarik dari FamilyMart, Giant, KK Super Mart, Lotus’s, MR.DIY, Tealive serta banyak lagi. Tebus tawaran-tawaran ini di kedai fizikal yang mengambil bahagian dan buat pembayaran menggunakan ShopeePay pada 1 Januari untuk menerima pulangan tunai 100%. Bagi pengguna yang menggunakan Baucar ShopeePay buat kali pertama, pulangan tunai istimewa sebanyak  RM3 menanti mereka dan boleh dinikmati tanpa sebarang pembelanjaan minimum. 

Selain menawarkan tawaran menarik, ShopeePay juga menawarkan pengguna sehingga 33,333 Syiling Shopee apabila mereka menambah nilai dompet mudah alih mereka dengan nilai minimum RM30 pada 1 Januari. 

Bagi memeriahkan perayaan Tahun Baru, ShopeePay bersama dengan rakan niaga luar talian seperti Dragon-i, HaiDiLao, Leather Avenue, Sports Direct dan banyak lagi akan menawarkan ganjaran pulangan tunai sebanyak dua kali ganda kepada rakyat Malaysia. Pada 1 Januari, kunjungi mana-mana kedai luar talian yang mengambil bahagian dan berbelanja minimum RM15 dengan ShopeePay untuk menikmati pulangan tunai sebanyak RM6. 

Sebuah perayaan tidak lengkap tanpa hidangan lazat serta minuman yang menyegarkan. Sama ada sekadar makan bersama ahli keluarga atau perjumpaan kecil bersama rakan dan mereka yang tersayang, ShopeeFood akan menghantar pilihan makanan dan minuman anda secara percuma (terhad kepada RM4) tanpa sebarang pembelanjaan minimum. Selain itu, pelbagai baucar ShopeeFood juga tersedia dengan tawaran potongan menarik hingga RM12 dengan pembelanjaan minimum RM22. Tuntut baucar penghantaran percuma serta baucar diskaun makanan dan gunakannya sebelum melakukan pembayaran untuk menikmati lebih penjimatan apabila memesan makanan dan minuman kegemaran anda pada 1 Januari.

Terdapat lebih banyak tawaran hebat yang menanti rakyat Malaysia apabila Shopee meraikan tahun baru dengan 1.1 Jualan Tahun Baru yang kini berlangsung hingga 1 Januari 2022. Dalam tempoh ini, para pengguna Shopee boleh mendapatkan tawaran terbaik serta harga terendah dengan RM1 Jualan Penghabisan di mana koleksi barangan daripada pelbagai kategori berharga RM1 sahaja.

Para pengguna Shopee juga berpeluang memiliki sebuah telefon pintar dengan hanya RM1. RM1 Telefon Pintar Bertuah Setiap Hari akan menampilkan model telefon pintar berbeza setiap hari dan dua model telefon pintar pada 1 Januari hanya untuk RM1 setiap satu. Bagi setiap telefon pintar, seorang pembeli bertuah akan dipilih untuk membelinya dengan harga RM1 sahaja. Bagi mereka yang tidak terpilih, Shopee akan membayar balik RM1 mereka sepenuhnya melalui ShopeePay.

Nikmati lebih banyak tawaran daripada jenama-jenama seperti Boat Noodle, Dr Cardin, Gaabor, Kitchenz, Perfect Diary, Somebymi dan Vivo semasa 1.1 Jualan Tahun Baru Shopee.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Jan 1 ShopeePay Day, kunjungi https://shopee.com.my/m/shopeepayday dan untuk 1.1 Jualan Tahun Baru Shopee, layari https://shopee.com.my/m/1-1/.  

Tertakluk pada terma dan syarat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: