Bisnes

Sarawak tingkatkan sektor pelancongan melalui kerjasama kumpulan penerbangan Malaysia

KUALA LUMPUR – Sarawak kini lebih bersedia untuk menjadi destinasi pilihan pengembara domestik dan antarabangsa, apabila Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) dan Malaysia Aviation Group (MAG) memeterai usahasama selama setahun untuk mempromosikan Sarawak sebagai destinasi pelancongan pada 2022.

Kerjasama itu termeterai hari ini melalui Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani oleh Puan Sharzede Datu Haji Salleh Askor, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sarawak dan Cik Lau Yin May, Ketua Pegawai Pemasaran dan Pengalaman Pelanggan Kumpulan, Malaysia Airlines Berhad.

Majlis menandatangani perjanjian itu disaksikan oleh YB Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif & Seni Persembahan Sarawak dan Menteri Belia, Sukan & Pembangunan Usahawan Sarawak, YB Dennis Ngau, Pengerusi Lembaga Pelancongan Sarawak dan Kapten Izham Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kumpulan Penerbangan Malaysia.

Sebagai sebahagian daripada MoU, STB dan MAG akan bekerjasama untuk memasarkan dan mempromosikan acara antara STB, Malaysia Airlines Berhad, Firefly, MASwings dan MHholidays. Kedua-dua organisasi juga akan bekerjasama antara organisasi untuk aktiviti pelancongan Sarawak, aktiviti tanggungjawab sosial korporat, dan kolaborasi-kolaborasi lain.

Bercakap pada majlis tersebut, YB Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif & Seni Persembahan Sarawak dan Menteri Belia, Sukan & Pembangunan Usahawan Sarawak berkata, “Ketersambungan dan kebolehcapaian adalah elemen penting untuk meningkatkan pengalaman perjalanan dan meletakkan Sarawak sebagai destinasi utama untuk eko-pelancongan di Rantau ASEAN.”

“Selain itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak baru-baru ini mengumumkan bahawa Sarawak telah meluluskan lebih banyak kekerapan penerbangan domestik ke Sarawak daripada 307 penerbangan kepada 562 penerbangan seminggu berkuat kuasa 14 Jan 2022. Kami berharap untuk melihat lebih banyak laluan terus dari Malaysia Barat dan kawasan-kawasan di Sarawak tidak lama lagi” tambahnya.

Puan Sharzede Datu Haji Salleh Askor, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sarawak berkata “Sebagai tanda komitmen kami untuk menghidupkan dan menggiatkan semula industri pelancongan tempatan Sarawak, kami berbesar hati untuk menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Malaysia Aviation Group pagi ini. Malaysia Airlines bukan sahaja akan menjadi syarikat penerbangan rasmi Sia Sitok Sarawak Plus, tetapi kami juga mempunyai MAB, Firefly, MASwings dan MHholidays sebagai rakan kongsi strategik dalam kempen pemasaran masa depan dalam mempromosikan aktiviti pelancongan dan acara kebudayaan Sarawak.”

“Paling penting, melalui kerjasama antara STB dan MAG ini, akan ada peningkatan ketersambungan ke Sarawak, dengan lebih banyak penerbangan terus dari Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur untuk dinanti-nantikan,” tambahnya.

Kapten Izham Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kumpulan Penerbangan Malaysia berkata, “Sepanjang tahun lalu, Malaysia Airlines, Firefly dan MASwings telah berusaha untuk meningkatkan ketersambungan ke Sarawak dan antara daerah dengan membuka penerbangan terus dari Pulau Pinang ke Kuching dan meningkatkan frekuensi antara Miri-Sibu-Bintulu yang akan menyediakan mobiliti yang lebih besar ke negeri ini bagi merancakkan lagi pelancongan domestik di Sarawak. Kami tidak sabar untuk mengalu-alukan pelanggan kami untuk terbang “Sia Sitok” bersama kami dan mengalami produk dan perkhidmatan kami yang dipertingkatkan dengan pelbagai fleksibiliti dan pilihan, ketersambungan yang lancar dan perjalanan tanpa sentuhan sambil mengekalkan keutamaan dan komitmen kami terhadap keselamatan. Bersama-sama, tiga syarikat penerbangan di bawah MAG menawarkan perkhidmatan yang lebih baik, kemudahan dan kebolehpercayaan kepada negeri Sarawak.

Sempena majlis MoU ini, STB turut melancarkan kempen perjalanan antara negeri Sia Sitok Sarawak Plus, bagi memberi peluang kepada pengembara melawat Sarawak melalui pintu masuk pelancongan utamanya iaitu Kuching, Sibu dan Miri dengan Malaysia Airlines sebagai syarikat penerbangan rasmi.

Pelanggan boleh menikmati pakej hotel dan penerbangan yang menarik melalui MHholidays iaitu satu cabang operasi pelancongan syarikat penerbangan itu dan memilih daripada senarai hotel yang mengambil bahagian termasuk New World Suites di Bintulu, The Waterfront Hotel di Kuching, Grand Palace Hotel di Miri, RH Hotel di Sibu.

Pakej MHholidays disertakan dengan elaun bagasi sebanyak 40kg, makanan dalam kapal percuma dan pemilihan tempat duduk percuma serta memperoleh mata Enrich. Promosi ini boleh ditempah di www.holidays.malaysiaairlines.com. Selain itu, pelanggan juga boleh menempah pakej pelancongan eksklusif di Journify dari serendah RM95.

Melalui kempen perjalanan antara negeri, Sia Sitok Sarawak Plus, pengembara akan mendapat akses kepada 57 pakej yang amat menarik ke Sarawak.

Tempoh tempahan bagi kempen perjalanan antara negeri Sia Sitok Sarawak Plus bermula dari 19 Januari 2022 hingga 28 Februari 2022, dengan tempoh perjalanan dari 19 Januari hingga 30 April 2022.

“Sarawak dikurniakan dengan keajaiban menarik dari budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan dan perayaan (atau CANFF) yang unik di negeri kita. Kami berharap dapat menarik pelancong tempatan untuk merasai keindahan Sarawak melalui kempen Sia Sitok Sarawak Plus dan menjadi duta kami untuk kemudiannya berkongsi pengalaman mereka dengan rakan dan keluarga,” kata Puan Sharzede.

Lawati malaysiaairlines.com atau muat turun Aplikasi Malaysia Airlines untuk mendapatkan maklumat terkini dan pastikan anda tidak terlepas promosi eksklusif Sia Sitok Sarawak Plus yang menarik hari ini!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: