Terkini

MyTutor sasar tersenarai bursa Malaysia menjelang 2026

Kuala Lumpur – Jika dahulu ibu bapa akan mencari guru tuisyen semata-mata untuk membantu anak-anak belajar sebagai persediaan menghadapi peperiksaan, namun lanskap pembelajaran kini masih tidak berubah dan dimajukan dengan pelbagai kaedah moden dan digital.

Perkhidmatan kelas tuisyen di rumah, MyTutor hari ini dilancarkan dan telah mempunyai lebih 1,900 tutor dengan 17,000 pelajar yang berdaftar seluruh Malaysia termasuk pelajar Malaysia yang berada di luar negara.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Hafiz Bin Kamaruddin berkata MyTutor telah ditubuhkan sejak tahun 2016, aktif secara online dan menyeluruh lebih-lebih lagi apabila musim pandemik yang memerlukan tren pembelajaran dalam talian bagi keperluan semasa pelajar.

“Kekuatan MyTutor adalah menyediakan servis tuisyen di rumah namun asbab pandemik ini secara tidak langsung menjadi pemangkin kepada MyTutor untuk menambah servis baru iaitu platform kelas secara dalam talian yang juga dilancarkan hari ini iaitu edufy.my“

“Sebagai peneraju servis tuisyen di rumah, kami juga mengikuti perkembangan tersebut dengan menawarkan kelas tuisyen secara dalam talian secara individu atau berkumpulan yang tidak melebihi 24 pelajar dalam satu-satu masa”, katanya.

Dalam masa sama, Mohd Hafiz turut berkongsi sasaran target untuk MyTutor tersenarai dalam bursa Malaysia dengan nilai RM1 bilion menjelang 2026.

“Besar atau kecil nilai tersebut bukan menjadi masalah, kita nampak dalam industri pendidikan di Malaysia belum ada mana-mana syarikat yang tersenarai dalam bursa Malaysia.

“Jika ada pun, ia pastinya syarikat yang mempunyai private university, bagi syarikat tuisyen masih belum ada lagi, dan dengan kekuatan yang kami ada, Insya Allah kami boleh mencapainya” katanya dalam sidang media.

Menyentuh mengenai tenaga pengajar di MyTutor jika sebelum ini pihaknya menawarkan peluang terbuka kepada semua pemegang ijazah dari mana-mana bidang kini MyTutor mengorak langkah mengadakan perjanjian usahasama dengan pihak Institusi Pengajian Tinggi bagi membantu lebih ramai graduan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: