Gaya Hidup

The Venue tawar konsep bufet ‘Riang Ria Ramadan’ dengan harga berpatutan

Shah Alam – Ramadan merupakan bulan kesembilan dalam kalendar Islam dan disambut oleh umat Islam seluruh dunia sebagai bulan untuk berpuasa. Di Malaysia ia sering dikaitkan dengan hidangan bufet Ramadan yang mewah di hotel-hotel.

Pastinya ramai sedang tercari-cari pakej berbuka puasa yang berpatutan dengan kondisi premis yang selesa untuk seiisi keluarga.

Di manakah destinasi bufet menarik untuk sesi iftar anda bersama keluarga tahun ini?

‘Riang Ria Ramadan’ yang bakal menyajikan pelbagai menu kegemaran seluruh rakyat Malaysia mampu mengubat kerinduan berbuka puasa di kampung halaman.

The Venue menyajikan lebih 50 jenis juadah berbuka puasa dan lokasi pada tahun ini adalah di tingkat 2, Plaza Alam Sentral, Tingkat 2, Shah Alam.

Bufet kali ini mempunyai 8 gerai yang terdiri daripada:

  • Nasi Arab Ayam Mandy
  • Kambing Golek
  • Aneka Mee Kak Mas
  • Shell Out Seafood
  • Apam Balik Abang Zam
  • Pencuci Mulut & Buah-buahan
  • Aneka Jeruk – Jeruk
  • Aneka Keropok
  • Ulam-ulaman Kampung dan Pelbagai Sambal

Bagi menjamin mutu makanan yang sihat dan lazat, setiap sajian yang disediakan, menu-menu ini akan berubah setiap minggu dan pelanggan yang datang akan dapat merasakan masakan yang berbeza dan bervariasi setiap kali hadir ke The Venue.

Pelanggan yang berkunjung ke Buffet Ramadhan The Venue berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai sehingga RM20,000.00 tajaan Ariani, Jakel, Empire Classic Furniture dan Tupperware.

Bufet Ramadan yang diadakan di The Venue termasuk persekitarannya, boleh menampung lebih kurang 300 orang pengunjung pada satu masa. Begitu juga kemudahan ruang solat yang selesa bagi memudahkan pengunjung yang datang.

Harga Tawaran Awal (Early Bird) adalah RM 66/orang (Dewasa), RM 46/orang (Kanak-kanak 5 – 12 tahun, RM 600/meja (Grup 10 orang dewasa). Promosi ini sah sehingga 31 Mac 2021 sahaja. Harga Normal RM 88/orang (Dewasa), RM 49/orang (Kanak-kanak 5 – 12 tahun), RM 800/meja (Grup 10 orang dewasa). PERCUMA untuk kanak-kanak dibawah 4 tahun.

Para pelanggan juga bakal dihiburkan bersama selebriti Abg Dee yang akan memeriahkan suasana. The Venue juga membawa Live Band OJKustik yang akan menghiburkan para pengunjung semasa majlis Bufet Ramadan berlangsung.

Menariknya, The Venue turut membuka ruang kepada pelanggan korporat yang ingin meraikan staf atau pelanggan mereka dengan mengadakan majlis berbuka puasa secara tertutup. Dengan ini, pihak pelanggan lebih selesa untuk membuat aktiviti bersama sama tetamu yang hadir di samping ruang yang luas dan tidak bercampur bersama pelanggan lain secara terbuka. Pakej ini bermula daripada RM98/orang (Min. 150 orang).

Untuk program infaq, Pelanggan boleh menginfaqkan anak-anak yatim dengan menjamu selera di Bufet Ramadan The Venue. Selain itu, The Venue juga akan mengumpul dana untuk barang barang keperluan mereka pada Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Jadi, pelanggan boleh menderma serendah RM60/orang untuk majlis berbuka puasa, dan RM50/orang untuk barang-barang keperluan hari raya.

Untuk tambahan, The Venue juga adalah ruang acara atau majlis yang agak terkenal di Shah Alam yang menawarkan ruang untuk majlis perkahwinan, hari lahir, nikah, tunang, pelancaran produk, reunion, seminar, majlis graduasi, majlis makan malam dan sebagainya. Pakej akan bermula semula pada Mei 2022.

Pakej Perkahwinan yang ditawarkan di The Venue adalah hanya serendah RM12,999 untuk 200 orang dan RM27,999 orang untuk 1000 orang. Pakej lain-lain serendah RM63/orang (Min 150 orang) sesuai untuk majlis seperti hari lahir, tuning, nikah, seminar dan sebagainya. Kesemua dewan mereka dilengkapi dengan PA system In-House. Bersempena dengan Ulangtahun Ke-7 juga The Venue Shah Alam menawarkan promosi Rebat RM1000.00 untuk setiap pelanggan yang mengambil minimum pakej 500 orang. Untuk tempahan 2022 dan 2023 juga sudah dibuka.

Bersempena dengan Ulangtahun Ke – 7 The Venue Shah Alam, kami menawarkan promosi Rebat RM1000.00 untuk setiap pelanggan yang mengambil minimum pakej 500 orang. Untuk tempahan 2022 dan 2023 juga sudah dibuka.

Untuk keterangan lanjut dan tempahan pelanggan boleh hubungi :

018 – 205 1492 (Faridah)

019 – 8585 825 (Lisz)

014 – 250 8160 (Bard)

013 – 247 3767 (Safwan)

website : www.thevenye.com.my/buffet-ramadhan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: