Gaya Hidup

Oxwhite beri nilai lebih besar kepada peminatnya sempena ulang tahun keempat

KUALA LUMPUR – Jenama e-dagang untuk gaya hidup premium Oxwhite telah menyaksikan pangkalan pelanggannya berkembang daripada 13,242 kepada 3,021,220 orang selama empat tahun perniagaan itu beroperasi.

Untuk melafaskan rasa terima kasih kepada rakyat Malaysia atas sokongan yang tidak berbelah bahagi selama ini, Oxwhite mendedikasikan bulan ulang tahunnya pada bulan Jun untuk menjadikan produk berkualiti premium lebih mampu milik untuk masyarakat Malaysia. Oleh itu, rakyat Malaysia boleh mengoptimumkan bajet membeli belah mereka untuk membeli barangan seperti tuala Mandi, Polo-tee lelaki dan kemeja tee “crew neck” wanita serendah RM10.

Menurut pengasas Oxwhite CK Changr, jenama itu telah memutuskan untuk melaksanakan penurunan harga sebanyak 70% ke atas lebih 120 produk terlaris dan baharu daripada pelbagai kategori termasuk pakaian lelaki, pakaian wanita, rumah & kediaman, aksesori fesyen dan kanak-kanak.

Selain itu, antara 1 Jun dan 15 Jun, peminat Oxwhite boleh berharap untuk mengoptimakan RM50 mereka melalui promosi pakej bundle RM49 jenama itu. Bungkusan bundle itu terdiri daripada tiga produk keperluan harian terlaris Oxwhite seperti Basic Tee bernilai RM29, seluar dalam premium lelaki bernilai RM49 dan seluar dalam wanita bernilai RM49.

Changr juga menambah bahawa dalam terus memacu kemampuan masyarakat malaysia untuk memiliki produk berkualiti premium pada bulan Jun, Oxwhite akan menawarkan tawaran beli satu percuma satu pada 16 Jun hingga akhir bulan Jun. Lebih daripada itu, semua pelanggan Oxwhite yang membelanjakan lebih RM100 dalam satu resit sepanjang bulan Jun akan menerima hadiah percuma dan menikmati penghantaran percuma.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: