Gaya Hidup

Traveloka lancar GOverseas: International Travel Fiesta selaras dengan permintaan penerbangan luar negara

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia sudah mula mengembara semula selaras dengan pembukaan sempadan-sempadan dunia. Menurut Traveloka, antara bulan April dan Mei 2022, carian penerbangan untuk destinasi luar negara di superapp pengembaraan tersebut sudah menjangkau carian pada tempoh yang sama pada tahun 2019.

Secara keseluruhan, pengeluaran tiket penerbangan antarabangsa secara purata telah meningkat sebanyak 48 peratus, sejak pengumuman pembukaan semula sempadan pada 24 Mac.

“Terdapat corak baharu yang melibatkan pelancongan luar negara di Malaysia. Pada tahun 2019, para pengembara berasa selesa dengan perjalanan ke luar negara. Corak tempahan mereka mudah. Mereka mencari tawaran terbaik, menempah penerbangan dan penginapan mereka melalui aplikasi dan terbang.


“Kini, kami mendapati bahawa pengembara masih tidak pasti dengan keperluan Covid-19 di luar negara. Setelah lebih daripada dua tahun berada di tanahair dan beralih tumpuan kepada aspek-aspek kehidupan yang lain, ada juga yang tidak pasti apa yang perlu dilakukan apabila mereka pergi ke destinasi luar negara sekali lagi. Selain itu, wabak Covid-19 mungkin juga telah menjejaskan perbelanjaan pelancongan mereka,” kata Angelica Chan, Pengurus Negara, Traveloka Malaysia.

Walau bagaimanapun katanya, corak-corak ini, bukanlah penghalang untuk mengembara.

Chan menambah, Traveloka telah menyaksikan tindak balas positif terhadap selera pengembaraan pelancong kerana mereka yang berada di luar negara kini boleh melawat Malaysia dengan mudah dan rakyat tempatan pula boleh melancong ke luar negara dengan lebih mudah tanpa perlu kuarantin sekembalinya ke tanah air. Apa yang diperlukan sekarang adalah maklumat yang lebih mudah diakses oleh pelancong selain menarik minat mereka untuk meneroka dunia sekali lagi dengan tawaran dan diskaun yang hebat.

Menyedari dengan realiti baharu ini, Traveloka bekerjasama dengan rakan kongsi superapp pengembaraan tersebut dalam segmen penerbangan, hotel dan tempat tarikan pelancong untuk melaksanakan GOverseas: International Travel Fiesta. Program ini dianjurkan untuk menawarkan rakyat Malaysia diskaun sehingga RM1,335 untuk tiket penerbangan, hotel dan tempat tarikan pelancong antara 31 Mei dan 6 Jun 2022.

“Inovasi telah menjadi sebahagian besar DNA Traveloka. Memandangkan Malaysia mempunyai kadar penembusan telefon pintar sebanyak 88.48 peratus, maka memang wajar untuk menyemarakkan kembali semangat pengembaraan di kalangan rakyat Malaysia secara digital. Melalui superapp pengembaraan Traveloka dan laman web kami, kami membolehkan pengembara untuk mendapatkan maklumat-maklumat penting tentang perkara yang boleh mereka lakukan di luar negara dan tentang keperluan Covid-19 negara- negara tersebut selain mendapatkan tawaran hebat,” katanya.

Chan menambah bahawa untuk memadankan corak baharu yang muncul di kalangan pengembara ini, Traveloka akan mengetengahkan tawaran destinasi antarabangsa yang terkenal dan pengembara boleh mendapatkan tawaran yang lebih hebat semasa sesi jualan kilat harian GOverseas Fiesta pada jam 9 malam – 12 pagi.


Superapp pengembaraan itu juga akan memberi ganjaran kepada para pengembara melalui kupon gabungan penerbangan sehingga RM25, apabila mereka mengambil bahagian dalam misi GOverseas dalam aplikasi. Traveloka juga akan melancarkan live stream secara langsung, terutamanya untuk destinasi popular di kalangan rakyat Malaysia seperti Indonesia, Korea Selatan dan Thailand. Selain itu, pengembara juga boleh mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai keperluan Covid-19 bagi destinasi yang ingin dituju di bawah tab Notis Penting Traveloka.


Salah satu rakan kongsi penerbangan Traveloka GOverseas: International Travel Fiesta, Malaysia Airlines turut teruja untuk turut serta pengembaraan menarik rakyat Malaysia sekali lagi.

“Memandangkan momentum permintaan untuk perjalanan ke luar negara telah kembali, kami telah menambah destinasi baharu pada rangkaian luas kami, bermula dengan penerbangan terus ke Doha, Qatar, dan laluan akan datang ke Haneda, Jepun. Kami juga telah meningkatkan kekerapan penerbangan dari Kuala Lumpur ke London, New Delhi, Kathmandu, Colombo dan Chennai. Sebagai syarikat penerbangan nasional, kami kekal sebagai pintu masuk yang dipercayai oleh Malaysia dan mengalu-alukan pelawat untuk menerokai banyak keajaiban yang ditawarkan oleh negara kita. Terutama sekali, kami telah melaksanakan langkah kesihatan dan keselamatan Covid-19 yang komprehensif, untuk memastikan penumpang kami dapat terus #FlyConfidently”, kata Ketua Pegawai
Pemasaran dan Pelanggan Kumpulan Malaysia Airlines Lau Yin May.


Mengenai penginapan warga Malaysia di luar negara, Ketua Pegawai Operasi Swiss- Garden International Ivan Ting, berkata Swiss-Garden International telah beroperasi di Malaysia selama 31 tahun dan tidak asing dengan budaya Malaysia. Selepas dua tahun menjalankan perniagaan dengan pelbagai kekangan, rangkaian itu sekali lagi bersedia menerima kunjungan rakyat Malaysia di luar negara dengan layanan terbaik melalui jenama tempatan ini, serta bersedia memberi komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam menetapkan penanda aras yang lebih tinggi untuk mencapai kecemerlangan perkhidmatan bagi pasaran antarabangsa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: