Terkini

Lebih 10,000 produk kekal RM2 di MR. DOLLAR

KUALA LUMPUR – Laporan terbaharu daripada Jabatan Statistik telah menunjukkan peningkatan ketara pada harga beberapa kategori barangan pengguna. Ini memberi kesan pada rakyat Malaysia yang sudah bergelut dalam pandemik COVID-19 dan banjir di beberapa kawasan di seluruh negara awal tahun ini untuk mencari jalan bagi
mengawal kewangan mereka yang terhad.

MR. DOLLAR, peruncit harga tetap, telah mengambil berat akan hal ini dengan kekal komited dalam mengekalkan harga RM2 pada 10,000 produk popular mereka. MR.DOLLAR, salah satu subsidiari peruncit perkakas rumah terbesar Malaysia, Kumpulan MR D.I.Y., terkenal dengan rangkaian produknya yang meluas yang ditawarkan pada harga tetap serta digelar “Kedai Harga Tetap”.

Mengumumkan komitmen berkenaan, Alex Goh, Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y. berkata, “Kami faham pergelutan rakyat pada hari ini. Dengan pelbagai isu yang memberi kesan pada rantaian bekalan global – kenaikan harga oleh peruncit tidak dapat dielakkan.

“Bagaimanapun, dengan analisis data yang ketat serta hubungan baik secara langsung kami dengan pengilang global, MR. DOLLAR komited untuk mengekalkan harga RM2 pada lebih 10,000 barangan harian. Ini merupakan salah satu cara kami membantu rakyat Malaysia dengan memberi lebih nilai disamping membantu mereka berjimat-cermat agar mereka yakin untuk berbelanja demi memenuhi keperluan keluarga.”

MR. DOLLAR menawarkan pelbagai rangkaian produk dalam 10 kategori – coklat & manisan; kudapan & biskut; bahan masakan; barangan runcit; minuman; produk bakeri; makanan dingin & sejuk beku; perkakasan; dan alat tulis, mainan & barangan sukan – semuanya berharga RM2 atau RM5.

Selain harga tetapnya yang menarik, MR. DOLLAR turut menawarkan persekitaran membeli belah yang selesa dengan lorong yang luas dan berhawa dingin untuk pelanggan. Selain barangan makanan dan minuman dan keperluan rumah, MR. DOLLAR turut menawarkan keperluan perlindungan peribadi seperti pelitup muka, pensanitasi tangan, pelindung muka, disinfektan, dan kit ujian COVID-19 dengan harga rendah.

Pada April 2022, MR. DOLLAR menegaskan untuk tidak menaikkan harga barangan di cawangan-cawangan mereka dalam kempen ‘Harga Kami Tetap Sama’ dengan menyatakan bukan masanya untuk menaikkan harga barangan kepada pengguna.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: