Luar Negara

Perintah sekatan ketat di Shanghai ditarik balik

SHANGHAI – Lebih 20 juta penduduk Shanghai lega dapat menjalani kehidupan seperti biasa mulai hari ini, apabila pihak berkuasa tempatan bandar raya ini menarik semula sekatan pergerakan mulai tengah malam tadi.

Penarikan itu akan membolehkan kereta persendirian termasuk teksi kembali dibenarkan berada di jalanan, serta orang ramai bebas bergerak masuk dan keluar dari kawasan perumahan berisiko rendah.

Pihak berkuasa Shanghai dalam satu kenyataan di akaun WeChat rasminya berkata, pengangkutan bas dan kereta api juga akan meneruskan operasi mulai hari ini, termasuk feri yang menghubungkan daerah yang dipisahkan oleh Sungai Huangpu di bandar itu.

“Keadaan wabak di bandar kami sudah dikawal dengan berkesan dan keadaan terus bertambah baik.

“Orang ramai masih perlu memakai pelitup muka, tidak digalakkan berkumpul dan digalakkan untuk mendapatkan vaksin,” katanya seperti dilaporkan Bangkok Post.

Shanghai mengenakan perintah sekatan pergerakan di seluruh bandar itu ke atas 22.5 juta penduduknya pada 1 April lalu, untuk memerangi penularan COVID-19.

Ini termasuk mengenakan langkah ketat yang menyebabkan kemarahan orang ramai terhadap isu seperti pusat kuarantin yang sesak, kesukaran untuk mendapatkan makanan dan kehilangan pendapatan.

Sejak tengah malam tadi, banyak jalan di bandar raya ini kembali meriah apabila penduduk mula keluar dan melakukan aktiviti termasuk piknik di kawasan lapang dan kanak-kanak menunggang basikal menyusuri jalan tanpa kereta.

Kumpulan warga emas menari dan melakukan senaman, pemandangan malam yang biasa di bandar China, buat pertama kalinya dalam beberapa bulan dapat melakukan rutin itu di plaza terbuka dan di sepanjang Sungai Huangpu.

Tukang gunting rambut turut banyak menerima tempahan daripada penduduk manakala premis perniagaan turut memaklumkan mengenai pembukaan premis masing-masing menerusi aplikasi WeChat.

“Saya akhirnya dapat membawa anjing peliharaan ke luar selepas dua bulan terkurung dalam rumah,” kata warga bandar raya ini, Melody Dong. – REUTERS

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: