Hiburan

MIFFest umum pelancaran kali kelima, Malaysia tuan rumah MGGA

Kuala Lumpur – Malaysia bakal menjadi tuan rumah bagi acara Malaysia Golden Global Awards (MGGA) dan Festival Filem Antarabangsa Malaysia 2022 (MIFFest), buat kali kelima.

Festival ini menerima hampir 200 pencalonan daripada 15 buah negara selain  Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) turut  memberi sokongan penuh terhadap penganjurannya.

Pengerusi MIFFest, Joanne Goh

Menurut Pengerusi MIFFest, Joanne Goh, Filem dari Amerika Syarikat bertajuk ‘Edge Of The World’ turut ditayangkan buat pertama kalinya yang menceritakan kisah James Brooke dan menjalani pengambaran sepenuhnya di Sarawak.

Filem popular tempatan “Prebet Sapu” turut menerima pencalonan bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik dan Sinematografi Terbaik.

Terdapat lebih daripada 100 filem yang dihantar untuk MGGA tahun ini, ‘Drowning In Holy Water’ (Iran), ‘Full Time’ (Perancis), ‘Hail, Driver!’ (Malaysia), ‘Memoryland’ (Jerman, Vietnam), ‘ No Ground Beneath The Feet’ (Bangladesh), ‘Rehana’ (Singapura, Bangladesh), ‘The Silent Forest’ (Taiwan), ‘Two Friends’ (India), ‘Whether The Weather Is Fine’ (Filipina, Singapura), ‘White Building’ (Perancis, Kemboja) telah dicalonkan sebagai Top 10 Films of 5th MGGA 2022. Lima juri telah dijemput sebagai juri MGGA 2022, Christine Hakim (Pelakon Indonesia) sebagai Presiden Juri, Lav Diaz (Pembikin Filem Filipina), Sabrina Baracetti (Festival Presiden Udine Far East Film Festival), dan Ho Wi Ding (Pengarah Malaysia yang berpangkalan di Taiwan) dan Chong Keat Aun (Pengarah Malaysia).

Tambahnya, dua anugerah untuk Lifetime Achievement Award turut disampaikan di majlis anugerah tahun ini kepada Kim Dong-Ho dan Hou Hsiao-Hsien.

“Kami sebenarnya bercadang untuk menyampaikan anugerah ini kepada pengarah Hou Hsiao-Hsien pada dua tahun yang lalu, namun terpaksa menangguhkan rancangan ini sebab pandemik.”

“Mereka telah menghasilkan banyak karya yang terkenal kepada festival-festival dan seluruh industri filem. Kim Dong-Ho merupakan Presiden Kehormat Malaysia International Film Festival kita, tanpa bimbingan beliau, saya mungkin tidak mempunyai semangat untuk menjalankan MIFFest dan MGGA sehingga hari ini.” katanya.

Dalam masa sama, MIFFest Project Market yang pertama akan dijalankan akan dijalankan pada 12 hingga 13 Julai bagi menghargai projek filem cereka yang berpotensi di Malaysia. Antara lima filem yang dipersembahkan berikut adalah ‘Don’t Assume Still Waters’ arahan Leysha Al-Yahya, ‘The Depths’ arahan David Yanez, ‘Sunny, Benny & Jenny’ arahan Jin Ong, ‘Garek’ arahan Cech Adrea, dan ‘Maybe Today, If Not Today, Maybe Tomorrow’.



MIFFest akan berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur dari 10 hingga 15 Julai, manakala kemuncak malam Anugerah MGGA akan diadakan pada 16 Julai di Istana Budaya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: